Tsabat

Asas kepada dakwah kita adalah mengajak manusia kepada keselamatan di dunia dan akhirat.

Jika wasilah kepada dakwah ini adalah sebagai seorang doktor, maka dia bukan sahaja perlu menyelamatkan nyawa pesakitnya, tetapi juga iman dan ruhnya.

Tanggungjawab kita amat besar, perlu kuasai kedua-dua bidang ilmu.

Oleh kerana ramai yang tidak mempersiapkan diri sebaiknya semasa usia siswa, mereka gugur sewaktu memasuki fasa pekerjaan. Ada yang meninggalkan terus bidang perubatan, adapun yang lain tidak lagi bersama dakwah. Mereka tidak tsabat dan berupaya untuk menangkis halangan-halangan yang menyerang.

Adapun virus dan halangan itu ialah:

1. Ada manusia yang diuji dengan sifat gopoh kerana 'nafasnya pendek' serta kurang cekal.  Akhirnya mereka tidak sampai kepada matlamat. (al-Ahqaf:35)

2. Beribadah dalam keadaan ragu-ragu. Kekal atas jalan dakwah selagi dakwah berada dalam keadaan tenang tanpa ujian dan perkara yang menyakitkan. Manusia seumpama ini cepat berubah, mundur dan rugi dalam segala hal. (al-Hajj: 11) (al-Ankabut:10)

3. Mereka berjaya menghadapi ujian dan kesukaran, serta pendirian yang kukuh. Namun gagal saat berhadapan fitnah dunia dan harta. Apabila diberikan jawatan tinggi atau harta yang berlimpah, dia melupakan apa yang dilaungkan sebelum itu.

Pakcik Hasan berkata,

Apa yang aku maksudkan dengan tsabat ialah: Saudara petugas terus berjihad menuju matlamat, walau sejauh mana jarak, dan lamanya tempoh masa, sehinggalah bertemu Allah di atas jalan ini dan mereka akan beroleh kemenangan dengan memperolehi salah satu dari dua perkara sama ada mencapai matlamat perjuangan ataupun mati syahid. Firman Allah swt, "Di kalangan orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak megubah janjinya" (al-Ahzab:23). Pada kami masa adalah sebahagian dari rawatan.

Perjalanan sangat panjang, dan terdapat pelbagai peringkat, serta banyak halangan, namun inilah satu-satunya jalan untuk mencapai matlamat beserta ganjaran yang besar dan pahala yang besar.

Ini semua adalah antara 6 wasilah yang memerlukan persediaan yang rapi, menunggu kesempatan dan perlaksanaan yang baik. Semua itu menggadai masa: Allah swt berfirman yang bermaksud:

Dan mereka berkata, 'bilakah kemenangan itu?' Katakanlah, 'Mudah-mudahan ia sudah hampir." (al-Isra':51)

(Dipetik dari Penjelasan di sekitar Risalah Ta'alim oleh Muhammad 'Abdullah al-Khatib)

Apakah kita mengharapkan diri untuk tsabat, hingga akhir jalan menapak ke syurga bersama Baginda saw, para sahabat r.anhum dan para muttaqin sedangkan usaha kita hanya sekadarnya?















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.