Syria:Membuat Apa Yang Kurang Dibuat


Arab Spring
   
2012 bermula dan bakal berakhir sebagai tahun bersejarah buat Dunia Arab. Arab Spring ataupun Revolusi Arab sedang rancak berlangsung ditandai dengan bermulanya dari peristiwa seorang penjual sayur,Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya tanda protes kepada kerajaan yang dipimpim Ben Ali pada Disember 2010.Antara sebab utama berlakunya revolusi adalah kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan yang zalim. 
   Tunisia,Mesir, dan Libya adalah antara negara-negara yang mendapat liputan luas di seluruh dunia. Kebangkitan rakyat juga turut berlaku di Nigeria,Yaman,Bahrain,Sudan dan lain-lain yang tidak saya nyatakan di sini.Cuma fokus utama saya lebih terarah kepada sebuah negara yang telah lama menderita dalam senyap,tertindas oleh kekejaman pemerintahan kuku besi keluarga al-Asad,rejim pari Ba'ath Syiah Nusairiah sehinggalah ke hari ini-Syria.

Syria dan Kebangkitan

   Sūryā atau lebih sinonim dengan panggilan Syria adalah sebuah negara republik yang mempunyai latarbelakang sejarah yang panjang dan unik. Orang Inggeris memanggilnya Levant,manakala orang Arab menggelarnya Sham.Di sini pernah berdirinya beberapa empayar besar seperti Eblan pada alaf ke-3 sebelum masihi, dan Kerajaan Bani Umayyah semasa era Islam yang berpusat di Damsyik,salah satu dari kota 'hidup' yang paling tua di dunia.Setelah berpuluh tahun berada dalam bayangan masyarakat dunia,nampak tidak, hilang pun tidak, Syria bagaikan jasad yang timbul di permukaan laut setelah lama lemas,tercungap-cungap mendapatkan udara.
bendera lama Syria(1932-1958/1961-63),kini digunakan sbg bendera rasmi revolusi  rakyat

   Hari demi hari,kita digemparkan dengan berita kematian rakyat dan pejuang pembebasan yang menyayat hati,tentang bagaimana Bashar dan tenteranya membunuh kanak-kanak dan menyiksa tahanan-tahanan sehingga mati.Mengepung dan membedil bandar-bandar yang dihuni rakyat tidak berdosa.Cuma persoalannya,kebanyakan dari kita hanya melihat sekadar yang tampak,tidak ramai yang memilih jalan untuk mencari perkara yang tersembunyi yang hakikatnya jauh lebih penting.

Occult vs Overt

  Sehingga saat ini,kemenangan yang diperjuangkan rakyat Syria masih belum tiba.Menurut PBB dan beberapa sumber lain,angka kematian yang dilaporkan sahaja sudah mencecah 13 000.Lebih 66 000 dilaporkan hilang dan ratusan ribu menjadi pelarian di negara sendiri dan negara-negara jiran seperti Jordan,Turki dan Lubnan.

   Sudah jelas tidak perlu bersuluh,memang ramai daripada sahabat-sahabat yang cakna dengan perkembangan Syria.Tempoh hari juga, PCI sendiri telah menganjurkan program berkenaan Syria.Ada ceramah,ada kutipan derma dan seumpamanya bagi memupuk kesedaran ahli-ahlinya tentang Syria.Memang tiada sebab buat sahabat-sahabat untuk tidak tahu langsung berkenaan Syria.Atas sebab itu,ramai daripada kita share artikel-artikel berkaitan Syria,berdiskusi dengan sahabat-sahabat di negara lain khususnya Malaysia dan update informasi melalui page-page berkenaan, contohnya 'Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria'. Sungguh kita ingin masyarakat tahu dan faham dengan situasi sebenar Syria,itu adalah sesuatu yang perlu dihargai.

   Tetapi sahabat-sahabat,sejauh mana anggota dan akal kita cakna dengan perkembangan Syria,adakah kita  benar-benar mengambil pengajaran daripadanya?

   
'Cannot see the forest for the trees'

Frasa di atas bermaksud terlalu fokus kepada perkara kecil sehingga tidak nampak perkara asas.Ini adalah fitrah manusia,untuk cenderung kepada perkara kecil sehingga terlupa atau tidak nampak pada mereka akan poin utama.

Dalam Surah al-Kahfi,Allah ada menerangkan sifat ‘semut hujung laut nampak,gajah depan mata tak nampak’ Ahli Kitab semasa zaman Rasulullah.Mereka sibuk bertanyakan tentang bilangan pemuda Kahfi;3,5,7 dan lain-lain.Hakikatnya, tema dan pengajaran cerita Ashabul Kahfi adalah jauh lebih bermakna dan penting untuk kita ambil.



Hutan dan Pokok

   Jadi, dalam konteks Syria ini,jika pokoknya adalah statistik dan fakta,maka hutannya adalah IBRAH itu sendiri.Jika yang overt itu adalah tulisan dan nombor,maka yang occult itu adalah lukisan hati kita,bagaimana ia dicorakkan melalui isu Syria,Palestin,Mesir dan sebagainya.

   Akhir kalam dari penulis,semoga Allah memberikan kemenangan kepada rakyat Syria yang masih gagah berjuang ataupun yang telah gugur syahid di sisiNya.Sama-samalah kita berdoa dan terus berdoa.Moga 2012 adalah Tahun Kebebasan Syria,Allahu Akbar!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health