Catatan

1/40: Kisah 25 Filsuf Barat - Matluthfi

بسم الله الرحمن الرحيم Okey. Sebenarnya masa aku baca buku ini aku tak terfikir lagi tentang projek #40buku, (wow dah ada hashtag), jadi sebab itu jangan tanya kenapa ini buku pertama. Aku cuma ambil mana-mana buku yang ada di library rumah sebelum shoot ke Kuantan. Apapun, let's start the review. Ini kali pertama aku baca buku Mat sampai habis, sebelum ini ada je baca sikit buku dia Catatan Matluthfi, cuma tu buku orang jadi tak baca sangat pun. Kita pun maklum Mat ni jenis pelawak sikit, kalau sekali dia tweet memang ribu-raban RT dan likes. Jadi tak peliklah buku-bukunya memang diselitkan lawak yang kadang-kadang hambar. Haha. Daripada intro dapat kita tahu yang buku ini essentially adalah terjemahan video-video dan buku The School of Life, projek pendidikan pop Alain de Botton, filsuf kontemporari dan penulis British. Mat nak menyampaikan idea falsafah Barat kepada audiens orang-orang muda di Malaysia dengan cara yang mudah difahami. Kebanyakan kita rasa philosophy i...

Seruan untuk membaca!

بسم الله الرحمن الرحيم Buku-buku bagus bagi aku adalah harta karun. Banyak buku diluar sana tapi yang berkualiti, kena mencari. Tahun ini aku sasarkan untuk baca 40 buku dari pelbagai genre. Apalagi aku pun baru sahaja check membership di perpustakaan Shah Alam tadi, aku memang dah berdaftar. Aku pun tak ingat bila aku register. Apapun lagi mudah, tak perlu beli buku, boleh saving untuk masa depan. 10 buku untuk 3 minggu. Impossible nak baca sebanyak itu, bagi level akulah. Jadi aku cuma pinjam 2 buku, God and Man in the Qur'an tulisan Toshihiko Izutsu dan Kita dengan Islam oleh Syed Hussein Alatas. Tujuan aku baca banyak-banyak ini bukanlah nak tunjuk pandai ke apa, cuma aku rasa banyak sangat khazanah ilmu yang Allah dah turunkan melalui penulis-penulis ini untuk lebih kenal siapa Dia. Sebab aku percaya Dia. Kau tak percaya, kau bacalah buku, jika penulisnya jujur dan amanah, semua akan membawa kau kepada Tuhan. Penulis buku-buku ini adalah seperti guru yang sedang mengaja...

Tidak menang, bukan kalah

بسم الله الرحمن الرحيم 1948 tragedi Nakbah berlaku. Kini sudah generasi ketiga. Dan mereka masih belum dapat pulang ke kampung halaman. Bagaimana agaknya kekecewaan mereka, berpuluh tahun menanti, sehingga ajal menjemput banyak kembali? Hanya satu contoh. Anda boleh menambah banyak lagi contoh lain yang berlaku pada skala individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. Sekadar pemerhatian, bahawa mungkin sebenarnya hakikat perjuangan adalah sejauh mana tetapnya kita kepada prinsip. Kerana masa yang lama itu akan merenggut tenaga, keyakinan, wang dan segala macam yang kita miliki. Adakalanya tertanya-tanya dan hairan hilang ke mana segala hasil pelaburan ini? Masa akan menguji adakah kita benar-benar tulus dengan apa yang kita percaya. Akan ada yang berundur, hilang tanpa dikesan. Ada yang bersama, kini menjadi penonton dari luar gelanggang. Ada yang bahkan pula menjadi musuh mencerca kepercayaannya yang digenggam dahulu. Sungguh beruntung, fikirku buat merek...

Salaka Tariqan

Abdullah ibn Abbas ra would be waiting in front of the house of a sahabah, until he slept and covered in dust just to learn a hadith from him. Jabir ibn Abdillah ra travelled for 1 month going plus 1 month back just to listen to a hadith. Imam Malik rah took 35 years to write al-Muwatto', but his students only took a week to wrote down his notes. Today we could have access to knowledge more than imam as-Syafie and imam Ahmad ibn Hanbal rah could ever been. How would these experiences impacted them? Today everything can be googled, purchased on the go and downloaded in pdf and whatnot. We sometimes forget that part of teaching is to istil adab. It's really not about the amount of knowledge we have or the gigabytes of soft copy we keep in our hard disks, but the hardships, sacrifice and struggle to gain 'ilm will make us appreciate more. To adik-adik yang masih belajar di kuliah, make an effort to come to class. Its a huge amanah. Whoever goes through a road to gain ...

Bukti yang nyata

بسم الله الرحمن الرحيم Tadabbur. Tidaklah sama orang beriman dan orang kafir. Pangkat, kekayaan harta, populariti, keturunan & bangsa; ukuran-ukuran yang dipandang tinggi kebanyakan manusia tidaklah menjadi apapun pada mata Allah.  Kerana itu usah khuatir melihat kurangnya kita pada hal-hal itu, kerana yang dinilai Allah itu adalah keimanan kita. Iaitu iktikad percaya yang teguh tanpa ragu akan kewujudan Allah, keesaanNya dan serta pada Rasul dan al-Kitab kemudian dibuktikan dengan tindakan kita melalui pengabdian kepadaNya dan berbudi dengan manusia- tidak kira siapa. Di zaman ini yang segalanya kabur dan sukar dibeza baik dan buruk, amatlah bermakna jika kita cuba untuk benar-benar menghayati al-Quran sebagai hidayah "hudan lil muttaqin."

Kalau Saya Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم Petikan dari buku Kalau Saya Mahasiswa tulisan Saifuddin Abdullah: Sebagai sebuah gerakan, mahasiswa/masyarakat sivil, malahan dalam apa bidang sekalipun, perlu mempunyai rukun perjuangan. Dalam hal ini, saya percaya, ia terdiri daripada tiga perkara, iaitu, idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Perkara-perkara ini banyak saya pelajari daripada bekas Presiden ABIM, Dr. Siddiq Fadhil. Idealisme merujuk pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap nilai yang muluk, mulia dan murni. Contohnya, kecintaan terhadap kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual, contohnya, kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. Ini diambil daripada ajaran Islam tentang berbuat makruf dan melarang kemungkaran. Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idealisme. Ini termasuk kebijaksanaan menerjemah idealisme agar me...

Membetulkan ekstrem sebahagian kita terhadap para sahabat Rasulullah saw

Salah faham kita dalam membaca sirah para sahabat radiallahuanhum adalah konotasi  ekstrem bahawa mereka superhuman sehingga mustahil untuk kita jadikan sebagai role model. Hasrat awal  untuk menurut jejak langkah mereka akhirnya berubah menjadi sebuah inferiority complex.  Hilangnya keterujaan dalam membaca kisah mereka. Rasanya jauhnya kita, akhirnya biarlah mereka jauh, usah dikejar.  Letih. Penat.  Mana mungkin kita akan jadi seperti Umar yang menginfakkan separuh hartanya dijalan Allah, lalu diatasi Abu Bakr yang menginfakkan seluruh hartanya- hanya Allah dan Rasul buat anak dan isteri? Nak keluar duit dalam poket pun memilih-milih duit kecil untuk disedekahkan. Siapa yang tak rasa down? Kedudukan mereka disisi Allah dan Rasul SAW Allah telah mengiktiraf kemuliaan para sahabat di dalam al-Quran,  وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ...