Catatan

Kalau Saya Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم Petikan dari buku Kalau Saya Mahasiswa tulisan Saifuddin Abdullah: Sebagai sebuah gerakan, mahasiswa/masyarakat sivil, malahan dalam apa bidang sekalipun, perlu mempunyai rukun perjuangan. Dalam hal ini, saya percaya, ia terdiri daripada tiga perkara, iaitu, idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Perkara-perkara ini banyak saya pelajari daripada bekas Presiden ABIM, Dr. Siddiq Fadhil. Idealisme merujuk pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap nilai yang muluk, mulia dan murni. Contohnya, kecintaan terhadap kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual, contohnya, kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. Ini diambil daripada ajaran Islam tentang berbuat makruf dan melarang kemungkaran. Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idealisme. Ini termasuk kebijaksanaan menerjemah idealisme agar me...

Membetulkan ekstrem sebahagian kita terhadap para sahabat Rasulullah saw

Salah faham kita dalam membaca sirah para sahabat radiallahuanhum adalah konotasi  ekstrem bahawa mereka superhuman sehingga mustahil untuk kita jadikan sebagai role model. Hasrat awal  untuk menurut jejak langkah mereka akhirnya berubah menjadi sebuah inferiority complex.  Hilangnya keterujaan dalam membaca kisah mereka. Rasanya jauhnya kita, akhirnya biarlah mereka jauh, usah dikejar.  Letih. Penat.  Mana mungkin kita akan jadi seperti Umar yang menginfakkan separuh hartanya dijalan Allah, lalu diatasi Abu Bakr yang menginfakkan seluruh hartanya- hanya Allah dan Rasul buat anak dan isteri? Nak keluar duit dalam poket pun memilih-milih duit kecil untuk disedekahkan. Siapa yang tak rasa down? Kedudukan mereka disisi Allah dan Rasul SAW Allah telah mengiktiraf kemuliaan para sahabat di dalam al-Quran,  وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ...

Al-Ma'un: Menjadi benar pada jasad dan jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم "Adakah engkau melihat kepada orang-orang yang mendustakan agama?" Allah menarik perhatian RasulNya saw, dan umumnya kita semua melalui sebuah pertanyaan. Siapa orang-orang yang mendustakan agama? Ad-Din juga pada pandangan lain membawa maksud Hari Kebangkitan itu sendiri. Kedua-duanya adalah makna yang tidak bertentangan. Kerana beriman dengan Islam itu sendiri meyakini pada hari akhirat. Apa yang akan terlintas pada akal kita? Mereka itulah manusia yang menolak dengan keras anak-anak yatim. Melihat sahaja anak-anak yatim sudah benci, apatah lagi membantu dan memperlakukan dengan baik. Jika menjadi wakil hartanya anak-anak itu, harta itu juga akan diambilnya tanpa hak. Mereka itu jugalah orang yang tidak menganjurkan kepada memberi makan kepada orang-orang miskin. Bukan tidak memberi makan, bahkan menghalang orang lain dari memberi makan kepada orang-orang yang memerlukan. Sungguh busuknya jiwa mereka sehingga begitu sekali! Manusia yang m...

Usrah yang dirindukan, kerana yang kini tidak lagi begitu

Seusai pertemuan mingguan kami, kami biasa akan berbincang-bincang tentang perihal anak-anak usrah, program tarbiyyah serta hal-hal peribadi lain. Seorang ikhwah yang dikasihi bertanya padaku, "Akhi, macam mana nak push anak usrah ana? Ada yang agak susah nak beri komitmen." Lebih kurang begitu maksudnya. Memahami sedikit sebanyak tentang latar usrahnya, aku pun memberi pandangan: " Kalau enta nak adik-adik bagi komitmen, enta perlu bina hubungan dengan dia. Treat them individually. Banyakkan berjumpa diluar liqa. Jumpa one-on-one, hati ke hati.." " Enta pun kena fahamkan mereka kepentingan usrah ni. Sebagaimana enta nak mereka faham kenapa perlunya kepada usrah, enta sendiri pun kenalah faham kenapa enta sendiri join usrah." Dia pun tersenyum seraya setuju. Lebih kurang begitulah perbualan kami yang asalnya lebih panjang lebar tapi kuringkaskan atas sebab memenuhi tujuan penulisan ini. Betul ikhwah, boleh jadi tak bergeraknya dakwah kita a...

Double standard

Dalam urusan dunia kita sungguh-sungguh. Nak makan pun kena cari. Takkanlah dalam urusan hidayah dan iman kita nak tunggu 'sampai seru' tanpa berbuat apa-apa? #banyakcantikabangawak #akupunsamaje #kosongkosong #dakwahtakkanpernahdonesampaimati #hashtaglagipanjangdaripost

Update status

Peristiwa mi'raj seharusnya menginsafkan kita kerana naiknya sang Rasul ke langit tertinggi, antara tujuan yang besar adalah pensyariatan solat fardhu 5 kali sehari. Pada peringkat awal sang Nabi diperintahkan akan 50 kali solat sehari, lalu Musa alaihis salam atas pengalamannya yang lebih lama menjadi Rasul (ketika itu berbanding nabi saw) dan pernah berbicara dengan Allah meminta sang Rasul berunding dengan Rabb agar diturunkan bilangan itu. "Ummatmu tidak akan mampu." Lalu dari 50 menjadi 5. Proses yang berulang. Dan akhirnya sang Rasul tidak lagi meminta kerana terlalu malu. Hal ini adalah satu peringatan penting akan status sebenar kita diberi nyawa dan hidup hari ini hakikatnya hanyalah sebagai hamba Allah. "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri padaKu" Namun atas rahmat dan kasihnya Tuhan memberikan kita pahala yang sebanding dengan 50 kali solat. Dan itupun, adakalanya kita masih lalai dan lek...

Cita-cita

"Kamu kena jadi pakar dalam bidang kamu.." ustaz Sofi Aku akan buktikan.