10 perkara yang menyelamatkan kita dari azab neraka
Antara sebab kewujudan kita di atas muka dunia ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab neraka Jahannam. Allah merakamkan di dalam al-Quran, ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ "Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya." (4:185) Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka, dan mendapat ganjaran terbesar, iaitu memasuki syurga. Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu taala telah menyenaraikan 10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab yang maha pedih; azab jahannam. 1. Taubat Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia adalah merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state; perasaan ingin kembali kepada Pencipta, Rabb. Rasulullah saw pernah mengatakan, "الندم التوبة" yang bermaksud, "rasa bersalah itu taubat". Oleh kerana dosa menjauhkan kita dari Allah, meletakkan pembatas antara kita dan ...