Kerap muntah semasa mengandung: biasa atau bahaya?
بسم الله الرحمن الرحيم Anda pernah mengalami atau melihat ibu, adik beradik perempuan, atau rakan-rakan anda muntah-muntah ketika mengandung? Adakah ini petanda biasa wanita yang hamil atau patut ada kebimbangan bahawa ianya petanda penyakit tertentu yang serius? Untuk mengetahui dengan lebih mendalam kita akan membuat klasifikasi punca-puncanya kepada dua; yang pertama ialah muntah yang berlaku secara fisiologikal 1 , dan kedua secara patologikal 2 . Muntah fisiologikal Muntah fisiologikal atau mabuk hamil ini berlaku semasa awal waktu pagi dalam bentuk mual atau muntah dan berlaku pada trimester yang pertama (3 bulan pertama kehamilan). Selepas 3 bulan pertama kebiasaannya mabuk hamil ini akan hilang. Lebih kurang 50% wanita yang mengandung, khususnya primigravida 3 akan mengalami keadaan ini. Muntah sebegini tidak serius dan merupakan proses normal penghamilan. Sehingga kini, sebabnya yang sebenar masih tidak diketahui, tetapi ada beberapa teori yang di...