Politik Masjid
بسم الله الرحمن الرحيم Politik berlaku dimana-mana, termasuklah masjid. Tujuan masjid ditubuhkan adalah sebagai pusat perkumpulan umat Islam, khususnya untuk solat berjemaah, dan lain-lain aktiviti berkadarkan kemampuan dan objektif-objektif khusus masjid tersebut dibina. Apabila masjid dibina, akan ada organisasi yang diwujudkan bagi memudahkan objektif dicapai. Organisasi akan terdiri daripada jemaah sekitarnya, dan juga dipengaruhi oleh situasi semasa politik semasa di tanah air. Sudah tentu, masjid-masjid di Selangor pasti mengalami 'shift' yang besar selepas PRU 12 pada 2008 apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan 5 buah negeri. Ada masjid yang ditutup, ditukar pentadbiran, dan mengalami konflik sesama ahli jemaah masjid apabila berlaku perubahan politik. Poin utama saya apabila membicarakan tentang isu ini ialah: 1. Sesiapa pun pimpinan masjid seharusnya bersikap profesional dan terbuka dengan perbezaan yang berada dalam kerangka yang dibenarkan sya...