Kisah Alberto dan susu
Pada zaman kesultanan Cina Madagascar, ada sebuah kedai di sebuah pekan yang sangat terkenal dengan susunya yang enak dan lazat. Nama pemilik kedai tersebut adalah Tommy Go Go Power Rangers. Agar penceritaan lebih mudah kita namakan Tommy sahaja. Setiap hari dia akan menjualnya pada penduduk pekan tersebut. Pada suatu hari dia bercadang untuk memberikan susunya secara percuma kepada penduduk pekan. Mereka hanya perlu datang dengan membawa bejana, baldi, botol nestle ataupun apa-apa bekas yang boleh menyimpan air. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pekan. Mereka tidak sabar untuk menikmati susu yang paling enak di daerah tersebut. Antara yang mendapat khabar tersebut adalah Alberto. Dia juga adalah peminat tegar susu. Dia sedari kecil sudah berpengalaman meminum pelbagai jenis susu- susu lembu, susu kambing, susu unta, susu full cream, susu fat free, susu skim, susu coklat, susu strawberi, susu Juhaina, susu Beyti, susu Dutch Lady dan banyak lagi. Namun begitu, dia menga...