Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Last but Not Least

Imej
Assalamualaikum warahmtullahi Wabarakaatuh InsyaAllah,ini adalah merupakan pos ana yang terakhir sebelum bergerak ke CFS IIUM di Petaling Jaya,esok.(30 Mei 2011) Sebenarnya ana kurang pasti hendak meletakkan apa-apa isu utama dalam pos kali ini,memandangkan tidak banyak perkara yang signifikan untuk ditulis.Ana juga turut meminta pandangan sahabat-sahabat ana,dan,setelah ana memulakan penulisan,mencurah-curah idea turun ke dalam fikiran.Alhamdulillah. Isu Golongan Kafir Yang Menghina Ayat-Ayat ALLAH. Ana yakin,ramai dari antum semua maklum berkenaan kewujudan sebahagian golongan di dunia ini yang suka menghina,mencemuh,merendahkan serta perlakuan-perlakuan yang cuba menjatuhkan martabat Islam. Paling hampir,di media-media seperti blog,youtube dan facebook yang sinonim dengan kita- telah dijadikan medium untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang ana sebutkan di atas.Antara contoh yang dapat ana sertakan ialah link-link di bawah ini http://adibahahmed.blogspot.com/ www.makc...

HADITH GHULAM

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita: Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya. Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakanlah kepadanya bahawa ibubapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka be...