Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Iman

Iman itu bukan hanya angka angka kosong dalam kehidupan kita. Ia perlu diisi dengan ketaatan, ketakwaan dan perjuangan. Setinggi iman kita didalam jiwa, setinggi itulah hubungan kita dengan Allah, dengan manusia dan hubungan kita dengan perjuangan. Dan semakin mengecil lah kemaksiatan dan dosa. Justeru jangan kita biar iman kita bersendirian tanpa teman. Hidupkan ia bersama teman teman kita yang sama sama beriman agar ia sentiasa terpelihara dan sentiasa terbantu. Kerana jika hati kita hilang iman, ia umpama sangkar yang tiada burung didalamnya. Tiada kicauan, tiada kerinduan ... *muharrikdaie telegram.me/muharrikdaie

Tadabbur ringkas

43:52 أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? --- Dialog di atas dilontarkan oleh Firaun kepada pengikutnya, untuk mempengaruhi mereka. Firaun menampakkan kepada pengikutnya kelebihan yang dimilikinya dan kelemahan yang ada pada Nabi Musa as. Ini adalah satu cara politicians yang membuat 'character assassination'  terhadap lawannya untuk mendapatkan sokongan. Ia adalah amalan tradisi sejak zaman firaun lagi. Kata kata firaun yang memukau ini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan dan stand pengikutnya sehingga mereka tidak setia kepada kebenaran. Mereka tidak melihat kepada isi kandungan mesej yang ingin disampaikan oleh Nabi Musa as, sebaliknya menjadikan kekurangan kepada nabi Musa sebagai fokus. Begitulah kita dapati sebahagian masyarakat yang kita ketemui telah pun terpenjara minda mereka. Mereka melihat kepada luaran seseorang y