Mari kembali menjadi hamba

بسم الله الرحمن الرحيم


Ali Imran:133-135

Siapa boleh agak ayat apa yang ingin saya tadabburkan?

"Wasari'u ila maghfiratin..."

Peh mashaAllah semua dah hafal dan habis hadam dalam usrah, daurah kan? *tepuk tangan*

Benar, ayat ini berkisar tentang ganjaran syurga dan sifat-sifat orang bertaqwa.

Saya rasa amat perlu untuk mengingatkan diri dan sahabat-sahabat akan taqwa kerana Allah menyebut 'Taqwa' lebih 200 kali dalam al-Quran, menunjukkan kepentingannya dalam kehidupan kita. 

Taqwa adalah kunci ketaatan kepada Allah, tanpa ketaatan manusia akan tersasar dari jalan menuju syurga, ke nerakaNya.

Hakikatnya manusia sering lupa dan lupa, buka sahaja social network,media, lihat masyarakat islam sekitar kita, lihat diri sendiri, Ramadhan baru pergi, tetapi seolah kita tidak terkesan dengan tarbiah selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Sebahagian kita melihat taqwa ini satu darjat yang mustahil dan amat payah dicapai. Sebut je taqwa, semua dah rasa macam tak mampu, ada perasaan "Siapalah aku.."

Ya akhi, sebenarnya taqwa tidak mustahil, ia boleh dicapai.  Memanglah payah, siapa kata mudah? para mad'u dengan maksiat zahirnya, para daie dengan dosa-dosa batinnya- tiada yang terlepas dengan ujian setiap masa.

Islam adalah agama yang syumul, ianya boleh dipraktikkan.

Maka sebab itu juga, seperti banyak ayat-ayat lain dalam al-Quran yang tidak hanya menyebut Iman, Ihsan dan Taqwa tetapi turut disebutkan ciri-ciri mereka, merekalah Mukminun, Muhsinin dan Muttaqin.

Luangkan sedikit masa dari hidup kita untuk meneliti khutbah Ostad Nouman Ali Khan.


*****************************************

Suatu hari, Ka'ab bin Malik bertanya kepada Umar al-Khattab
"Wahai Umar, apakah kau pernah berjalan di suatu tempat yang berduri?"

Saidina Umar menjawab, "Pernah"

Lalu Ka'ab bertanya semula apa yang akan kau lakukan?

"Aku akan menyinsing lenganku agar tidak tercarik pada duri, dan aku akan berjalan dengan penuh hati-hati agar tidak terpijak duri" balas Umar ra.

"Ketahuilah Umar, itulah sebenarnya taqwa"

****************************************


Ramadhan lalu semakin jauh meninggalkan kita, dan kita sendiri tak pasti apakah mati atau Ramadhan seterusnya akan menyambut kita terlebih dahulu.

Jalanilah hidup ini dengan sifat taqwa, kerana taqwa adalah kunci ketaatan kepada Allah.

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita, dan semoga kita diberikan peluang bertemu Allah dalam pengakhiran yang baik.

Wallahua'lam.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.