Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Tidak menang, bukan kalah

بسم الله الرحمن الرحيم 1948 tragedi Nakbah berlaku. Kini sudah generasi ketiga. Dan mereka masih belum dapat pulang ke kampung halaman. Bagaimana agaknya kekecewaan mereka, berpuluh tahun menanti, sehingga ajal menjemput banyak kembali? Hanya satu contoh. Anda boleh menambah banyak lagi contoh lain yang berlaku pada skala individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. Sekadar pemerhatian, bahawa mungkin sebenarnya hakikat perjuangan adalah sejauh mana tetapnya kita kepada prinsip. Kerana masa yang lama itu akan merenggut tenaga, keyakinan, wang dan segala macam yang kita miliki. Adakalanya tertanya-tanya dan hairan hilang ke mana segala hasil pelaburan ini? Masa akan menguji adakah kita benar-benar tulus dengan apa yang kita percaya. Akan ada yang berundur, hilang tanpa dikesan. Ada yang bersama, kini menjadi penonton dari luar gelanggang. Ada yang bahkan pula menjadi musuh mencerca kepercayaannya yang digenggam dahulu. Sungguh beruntung, fikirku buat merek...