Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Membetulkan ekstrem sebahagian kita terhadap para sahabat Rasulullah saw

Salah faham kita dalam membaca sirah para sahabat radiallahuanhum adalah konotasi  ekstrem bahawa mereka superhuman sehingga mustahil untuk kita jadikan sebagai role model. Hasrat awal  untuk menurut jejak langkah mereka akhirnya berubah menjadi sebuah inferiority complex.  Hilangnya keterujaan dalam membaca kisah mereka. Rasanya jauhnya kita, akhirnya biarlah mereka jauh, usah dikejar.  Letih. Penat.  Mana mungkin kita akan jadi seperti Umar yang menginfakkan separuh hartanya dijalan Allah, lalu diatasi Abu Bakr yang menginfakkan seluruh hartanya- hanya Allah dan Rasul buat anak dan isteri? Nak keluar duit dalam poket pun memilih-milih duit kecil untuk disedekahkan. Siapa yang tak rasa down? Kedudukan mereka disisi Allah dan Rasul SAW Allah telah mengiktiraf kemuliaan para sahabat di dalam al-Quran,  وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ...