Cut Nyak Dien, Harimau Tanah Rencong
بسم الله الرحمن الرحيم Sempena memperingati hari kemerdekaan negara kita ke-59, saya mengambil masa menonton sebuah filem sejarah/biografi Indonesia, "Cut Nyak Dien" yang diterbitkan pada tahun 1988. Nama Cut Nyak Dien pertama kali saya dengar dan baca dalam 7 tahun yang lalu dalam sebuah makalah, namun semalam tiba-tiba tergerak untuk menonton filemnya. Cerita ini mengisahkan tentang Cut Nyak Dien, seorang wanita berstatus bangsawan Aceh dan turun berjuang menentang penjajahan Belanda bersama suaminya, Teuku Umar yang juga seorang panglima perang. 'Kitab-kitab sabil' dan syair dibacakan kepada parajurit dan anak-anak Aceh untuk membakar semangat jihad fisabilillah. Namun dalam sebuah pertempuran pada Februari 1899, akibat pengkhiatan, suaminya terbunuh lalu Cut Nyak Dien mengambil alih tampuk kepimpinan melawan 'Kaphe Ulanda', gelaran bagi tentera Belanda. Perang Aceh berterusan selama beberapa tahun. Beliau terpaksa menukar strategi kepada taktik gerila. Ke...