Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

8/40 : Merantau ke Deli - Hamka

بسم الله الرحمن الرحيم Segala puji bagi Allah penguasa dan pemilik sekalian Alam, salam dan salawat atas junjungan Baginda Nabi (SAW) serta keluarga dan sahabat-sahabat RA. Ini adalah buku ke-8 yang aku berjaya habiskan pada tahun 2018. Dengan izin Tuhan, dengan pace sebegini aku boleh mencapai sasaran 40 buku. Dalam keghairahan mengejar kuantiti, yang lebih mustahak adalah pada kualiti pembacaan. Jadi apa yang difahami dan dipelajari kemudian mengubah perspektif, cara berfikir dan tindakan itu lebih baik berbanding membaca 10 buku namun hanya secara surface dan tidak membawa sebarang perubahan yang substantial. 5 pelajaran dari novel ini, mulakan! 1. Kehidupan adalah seperti mendaki dan meluncuri gunung-ganang. Sentiasa bergilir sehinggalah tiba di lapangan datar yang dinamakan kematian. Selepas melalui kesukaran dengan sabar dan susah payah, tiba waktu kesenangan- yang juga ujian, apabila terleka maka akan tersungkur dan bergolek jatuh ke bawah. Hidup ini adalah ujian! Sen