Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

1/40: Kisah 25 Filsuf Barat - Matluthfi

بسم الله الرحمن الرحيم Okey. Sebenarnya masa aku baca buku ini aku tak terfikir lagi tentang projek #40buku, (wow dah ada hashtag), jadi sebab itu jangan tanya kenapa ini buku pertama. Aku cuma ambil mana-mana buku yang ada di library rumah sebelum shoot ke Kuantan. Apapun, let's start the review. Ini kali pertama aku baca buku Mat sampai habis, sebelum ini ada je baca sikit buku dia Catatan Matluthfi, cuma tu buku orang jadi tak baca sangat pun. Kita pun maklum Mat ni jenis pelawak sikit, kalau sekali dia tweet memang ribu-raban RT dan likes. Jadi tak peliklah buku-bukunya memang diselitkan lawak yang kadang-kadang hambar. Haha. Daripada intro dapat kita tahu yang buku ini essentially adalah terjemahan video-video dan buku The School of Life, projek pendidikan pop Alain de Botton, filsuf kontemporari dan penulis British. Mat nak menyampaikan idea falsafah Barat kepada audiens orang-orang muda di Malaysia dengan cara yang mudah difahami. Kebanyakan kita rasa philosophy i

Seruan untuk membaca!

بسم الله الرحمن الرحيم Buku-buku bagus bagi aku adalah harta karun. Banyak buku diluar sana tapi yang berkualiti, kena mencari. Tahun ini aku sasarkan untuk baca 40 buku dari pelbagai genre. Apalagi aku pun baru sahaja check membership di perpustakaan Shah Alam tadi, aku memang dah berdaftar. Aku pun tak ingat bila aku register. Apapun lagi mudah, tak perlu beli buku, boleh saving untuk masa depan. 10 buku untuk 3 minggu. Impossible nak baca sebanyak itu, bagi level akulah. Jadi aku cuma pinjam 2 buku, God and Man in the Qur'an tulisan Toshihiko Izutsu dan Kita dengan Islam oleh Syed Hussein Alatas. Tujuan aku baca banyak-banyak ini bukanlah nak tunjuk pandai ke apa, cuma aku rasa banyak sangat khazanah ilmu yang Allah dah turunkan melalui penulis-penulis ini untuk lebih kenal siapa Dia. Sebab aku percaya Dia. Kau tak percaya, kau bacalah buku, jika penulisnya jujur dan amanah, semua akan membawa kau kepada Tuhan. Penulis buku-buku ini adalah seperti guru yang sedang mengaja