Update status

Peristiwa mi'raj seharusnya menginsafkan kita kerana naiknya sang Rasul ke langit tertinggi, antara tujuan yang besar adalah pensyariatan solat fardhu 5 kali sehari.

Pada peringkat awal sang Nabi diperintahkan akan 50 kali solat sehari, lalu Musa alaihis salam atas pengalamannya yang lebih lama menjadi Rasul (ketika itu berbanding nabi saw) dan pernah berbicara dengan Allah meminta sang Rasul berunding dengan Rabb agar diturunkan bilangan itu.

"Ummatmu tidak akan mampu."

Lalu dari 50 menjadi 5. Proses yang berulang. Dan akhirnya sang Rasul tidak lagi meminta kerana terlalu malu.

Hal ini adalah satu peringatan penting akan status sebenar kita diberi nyawa dan hidup hari ini hakikatnya hanyalah sebagai hamba Allah.

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri padaKu"

Namun atas rahmat dan kasihnya Tuhan memberikan kita pahala yang sebanding dengan 50 kali solat.

Dan itupun, adakalanya kita masih lalai dan leka dari dari menekuni solat yang lima ini. Tidak sedarkah kita, makan dan minum dari rezeki Tuhan, pakaian dan rumah semuanya kurnia Tuhan, tetapi tidak mahu mengakui dirinya hamba Allah.

Semaklah kembali status kita, apakah hamba atau thaghin?

Thaghin dan thaghiyah itu datang dari sumber atau masdar yang sama iaitu thagha. Maknanya ialah entiti atau sesuatu yang dipuji dan dipuja. Manusia apabila dipuji dan dipuja, jika tidak insaf dia pun akan berbuat sesuka hatinya. Sehingga perintah dan larangan Tuhan tidaklah lagi dikisahkan.

Kita datang dari keadaan tiada, saat ini kita dalam keadaan sihat dan kuat, dan esok lusa kita pun akan tiada. Dan diakhirat sana akanlah ditanyakan pada kita "bagaimana solat mu?"

Muhasabah diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.