Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Rehat

Jika hidup ini tidak letih bekerja, menuntut ilmu, berinteraksi dengan masyarakat, berdakwah, mana mungkin solat menjadi rehat? "يا بلال أرحنا بالصلاة"

Bersih

-Taujihat Jiwa-: Pernah tak satu masa kamu duduk lalu muhasabah diri sejenak. Kamu tanyakan pada hati kamu, "Duhai hati, bagaimana ya kondisi kau saat ini?. Sihatkah kau?" , Pernah tak?. Aku ingin ajak anda semua untuk periksa kondisi hati anda. 10 checklist hati yang sihat. Qolbun saleem :- 1)  Hati yang selalu mencintai Allah dengan bukti banyak mengingatinya. 2)  Hati yang selalu bergantung harap pada Allah. 3) Jasad merasa letih berkhidmat untuk Allah, sementara hati tidak merasa jemu. 4)  Hati yang sentiasa rindu untuk berkhidmat kepada Allah 5)  Hati yang tatkala ia dalam solat, hilang segala gundah resahnya. 6) Hati yang kikir terhadap waktu. Tidak mahu waktu di sia-siakan. 7)  Hati yang sentiasa memperhatikan kualiti amalnya dari sekadar kuantiti. 8)  Hati yang bila tertinggal satu ketaatan, ia menyesal. 9)  Hati yang menjadikan cita-cita atau keinginan seseorang hanya berorientasikan Allah. 10)  Hati yang menjadikan Al-Quran sebagai suatu yang paling