Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Kehilangan 'vocabulary' dalam berbicara satu bencana?

بسم الله الرحمن الرحيم Menjadi trend antara saya dengan rakan-rakan terdekat, apabila berbicara banyak mengulang perkataan yang sama. Antaranya ialah 'padu', 'ayam', dan lain-lain. Saya ambil perkataan 'padu' sebagai contoh. Perkataan ini sering dipakai apatah lagi dalam tempoh study leave kerana akan banyak soal jawab, "Adib, apa most common tumor of anterior mediastinum?" "thymoma" "Padu lah" "Nizam, apa treatment untuk acute MI?" "Sekian...hmmm...sekian..tertinggal beberapa poin..dan sekian" "Wow padu lah!" Dan banyak lagi contoh yang lain. Walaupun jawapan tidak lengkap, banyak lompong, masih lagi digunakan perkataan 'padu'. Sekilas pandang tidak nampak seperti hal yang besar pun. Tetapi pada saya, kalau difikirkan dengan lebih mendalam, ia adalah simptom bagi 'masalah' yang lebih besar. Teori saya ialah mungkin kerana tidak cukup perbendaharaan kata, kerana k