Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

10 perkara yang menyelamatkan kita dari azab neraka

Antara sebab kewujudan kita di atas muka dunia ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab neraka Jahannam. Allah merakamkan di dalam al-Quran,  ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ  "Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya." (4:185) Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka, dan mendapat ganjaran terbesar, iaitu memasuki syurga. Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu taala telah menyenaraikan 10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab yang maha pedih; azab jahannam.  1. Taubat Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia adalah merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state;  perasaan ingin kembali kepada Pencipta, Rabb. Rasulullah saw pernah mengatakan, "الندم التوبة" yang bermaksud, "rasa bersalah itu taubat". Oleh kerana dosa menjauhkan kita dari Allah, meletakkan pembatas antara kita dan

Sekitar Muqaddimah Qawaid Dakwah 1

Pencerahan di sekitar Muqaddimah buku Qawaid Dakwah

Bertuhan tanpa rasa bertuhan

بسم الله الرحمن الرحيم Dia sedang membiasakan diri solat berjemaah di masjid. Adakalanya di saf hadapan, selalunya di saf kedua atau ketiga. Kebiasaannya dia akan menunaikan solat sunat sejurus solat fardhu. ****** Dia membaca al-Quran setiap hari. Dia menetapkan untuk membaca sekurang-kurangnya 5 muka setiap hari. Kadangkalanya terkurang dari 5 muka, dan jarang tidak membaca langsung al-Quran dalam sehari. Biasanya akan ambil satu atau dua ayat untuk ditadabbur. ****** Allah memberi kesempatan kepadanya untuk bangun awal pagi itu, maka dia pun segera berwudhu'. Sunat tahajjud dilakukan, diikuti sunat taubat dan witir. "Alhamdulillah, bukan setiap hari dapat peluang sebegini." ****** Kemanisan taat pada awalnya, perlahan-lahan berubah menjadi kebiasaan. Ibadah, rasanya tawar. Tak pasti sebabnya. Mengapa ibadah yang dilazimi ini, tidak lagi membahagiakan, tapi, menjadi rutin yang membosankan...? يا ايها الانسان ما غرك بربك الكريم Wahai manusi

Berapa RM harga untuk dakwah?

بسم الله الرحمن الرحيم Sesempurna mana pun sesebuah sistem dan undang-undang, jika hakim-nya tidak amanah dan kompeten, maka keadilan tidak mampu ditegakkan. Akan tetapi, sistem dan undang-undang yang rosak, pada tangan hakim yang berdaya & jujur, keadilan mampu dilaksanakan. Itulah pentingnya tarbiyyah. Membina manusia-manusia untuk memahami islam dan menjiwai al-Quran. Walau di mana sahaja mereka berada, mereka mampu memberi manfaat, menjadi contoh dan dapat mengubah keadaan kepada yang lebih baik. Belajar lah dari kisah Talut dan Bani Israel. Setelah kewafatan Musa a.s, bani Israel meminta pada nabi mereka agar memilih seorang raja untuk memimpin mereka berperang. Lalu Allah menukilkan didalam al-Quran, وقال لهم نبيهم ان الله قد بعث لكم طالوت ملكا قالوا انى يكون له الملك علينا ونحن احق بالملك منه ولم يؤت سعة من المال قال ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم والله يؤتي ملكه من يشاء والله واسع عليم Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasan