Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

oleh Adib 'Afifi bin Abdul Rahim Latar belakang Terma intifada secara harafiahnya bermaksud gegaran. Perkataan al-Aqsa, juga dikenali sebagai Baitul Muqaddas adalah merupakan tempat ibadah ke-3 paling mulia dalam Islam. Judaisme merujuknya sebagai Temple Mountain, tapak paling mulia dalam agama Yahudi dan didakwa pernah dibina atasnya Haikal Sulaiman. Intifada al-Aqsa merujuk kepada kebangkitan rakyat Palestin menentang Israel. Lawatan provokasi Ariel Sharon ke Haram As-Syarif pada 28 September 2000 adalah merupakan pencetus yang mengakibatkan kemarahan dan kebangkitan rakyat Palestin. Kebangkitan ini dinamakan Intifada al-Aqsa atau Intifada ke-2. Ianya berlaku 2 bulan selepas gagalnya Proses Oslo. Intifada al-Aqsa berlangsung tidak hanya semata-mata kerana tindakan Ariel Sharon, tetapi juga adalah hasil siri peristiwa selama berpuluh tahun dan multifaktorial yang membawa kepada kebangkitan ini. Namun dalam artikel yang ringkas ini saya hanya akan mengulas salah satu fakto