Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Bekerjalah, ikhwah!

بسم الله الرحمن الرحيم Ziarah ke Hidayah Centre Foundation (HCF) minggu lalu memberikan satu sisi pandang yang penting bagi saya. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki pejabatnya, terletak di Taman Melawati hari Selasa yang lalu. Berjumpa dengan ikhwah yang menjadi fulltimer di sana, kami berbual-bual, bertanya tentang HCF, sejarah dan pencapaiannya selama sedekad sejak diasaskan pada 2005. Hasil dari perbualan dan pemerhatian saya, ini beberapa poin penting yang ingin ditekankan: 1. Fokuskan tenaga dan usaha kepada mualaf kerana mereka berpotensi menjadi anasir taghyir ( unsur-unsur pengubah) atas asas pertama bahawa mereka pernah berada didalam suasana jahiliah dan pengalaman itu menjadikan mereka lebih memahami non-muslim, dan kedua kebiasaan mereka yang memeluk islam (revert) ini adalah kerana mereka mencari, mengkaji dan banyak berfikir seperti paderi, dan orang bijak pandai. Maka setelah mereka revert kepada Islam, mereka mempunyai asas kefahaman yang mantap bahkan le

Manusia, khalifah dan pendidikan

Imej
Seminar Berfikir Cara Muslim. 13/9/15 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt. Pada pagi ini saya ingin kongsikan beberapa ayat dari al-Quran tentang pelantikan manusia sebagai khalifah, dan menariknya ialah bagaimana ia terkait rapat dengan pendidikan berdasarkan pembentangan ustaz Hasrizal semasa Seminar Berfikir Cara Muslim di UTM, Kuala Lumpur.  Manusia sebagai khalifah Dalam al-Quran, Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Allah telah memilih nabi Adam as sebagai khalifah. Lalu para malaikat bertanya, Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Dan Allah membalas,  Tuhan berfirman

The basic principle of law

In the name of Allah the Merciful Given the centrality of Israel's claim, the question of whether Israel does indeed have a "right to exist as a Jewish state" deserves serious consideration. A useful lens through which to examine this proposition is the foundational legal maxim I cited at the beginning of this chapter. Put in simple terms, if a person bears right, then there must be some venue- usually a court of law-where she can seek to have that right enforced, to have a penalty imposed on the violator, or to obtain some other form of legal relief. In the formulation of the eighteenth-century jurist William Blackstone, "It is a settled and invariable principle in the laws of England, that every right when with-held must have a remedy, and every injury its proper redress." His insertion of the word proper reminds us that a remedy must be lawful and equitable. If my neighbour cuts down my tree, a proper remedy might include paying damages to me, replacing th

Israel pengeksport senjata ke-6 terbesar dunia

بسم الله الرحمن الرحيم Sesiapa yang pernah menonton filem Valley of The Wolves: Palestine dari Turki pasti akan teringat pada satu babak awal dimana watak antagonis Moshe telah menguji senjata baru keatas rakyat Palestin. Walaupun cerita ini hanyalah fiksyen, namun babak ini memberikan gambaran sebenar terhadap keadaan yang dihadapi rakyat 4 juta Palestin setiap hari di Gaza dan Tebing Barat (Judea-Samaria). Pada tahun 2013 sahaja, eksport persenjataan dari Israel mencecah 7.5 bilion USD, dua kali ganda berbanding tahun 2003 (3.5 bilion USD), menjadikannya pengeluar senjata ke-6 tertinggi di dunia 1 . Ini memaparkan contradiction yang jelas terhadap 'demokrasi' dan 'keamanan' yang diwar-warkan Israel dan US kepada dunia. Hakikat bahawa Israel menggunakan rakyat Palestin sebagai 'guinea pig' untuk eksperimentasi & 'tutorial' adalah sesuatu yang zalim dan tidak berperikenusiaan. Ini juga menjadi salah satu sebab mengapa Israel tidak pernah ingi