Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Kerana boikot adalah cerita-cerita kemenangan!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Ramadhan lalu kita telah dikejutkan dengan serangan Israel terhadap Gaza selama 55 hari. Tidak sampai setahun kemudian Freedom Flotilla 3 (ketika saya menulis ini) sedang menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan ke sana. Kita mendoakan agar perjalanan mereka lancar. Dan pada  minggu yang lalu, Agensi Perdagangan dan Pelaburan UN (UNCTAD) telah melaporkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Israel merosot 50% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Menurut Dr Danny Ranos, salah seorang penulis dan penyelidik dari jabatan tersebut menyatakan serangan Israel terhadap Gaza tahun lalu, dan boikot global adalah antara faktor kemerosotan tersebut.   Laporan penuh.  Namun, semasa saya dan team Aqsa Syarif Mesir & KL mengadakan tinjauan di sekitar KL pada September 2014, masyarakat rata-ratanya masih tidak yakin dengan kempen ini. Saya tidak dapat memberikan konklusi akhir dari tinjauan ini kerana tidak mencapai bilangan sampel yang ditetapkan. Sekadar pandangan pe

Persoalan-persoalan penting dari sirah Salahuddin

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Dalam memperkatakan tentang pembebasan Palestin dan bumi Syam, kita tidak akan lari dari menyebut nama Khalifah Umar al-Khattab ra dan Salahuddin al-Ayyubi. Dalam mengenang sejarah gemilang dan membangkitkan semangat para pemuda islam, kisah mereka akan sering diulang-ulang dalam khutbah dan ceramah. Mendengar kisah Umar ra yang ditegur kerana memakai pakaian yang compang camping, dengan tegas berkata kepada Abu Ubaidah al-Jarrah ra, "Kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, dia akan dihinakan!" benar-benar menggugah jiwa yang merindukan keizzahan Islam. Bagaimana kali pertama solat Jumaat ditunaikan selepas bebasnya al-Aqsa ditangan Salahuddin dan 250 000 tenteranya, dipenuhi para jemaah dan banjirnya dengan air mata yang khusyuk. Mendengarnya akana memberikan harapan, bahawa sejarah itu nyata, dan pernah direalisasikan. Namun, ada beberapa persoalan yang boleh kita timbulkan daripada pembacaan dan

Let's make a change

بسم الله الرحمن الرحيم One thing that I learn in Egypt, other than the human anatomy and science of islam, is life. How hard life is here. Everyday we walk passed by the street mongers and the homeless. Everyday after prayer we would stride to the door of the masjid just to see beggars, asking for mercy that Allah rains us just a minute before. It pains me to see how these people struggled for a piece of bread. How are the children of the poor getting proper education? Yes we can blame the despotic, dictatorial government who only cares to feed their friends, unfortunately these people are not. But on our individual circumstances, is there anything we can do, or even, we should do? Aren't we muslims? Even our title bears 'peace-givers'. Titles and names are meaningful only if they are manifested in reality. We can do something. I can, and must do something. I am planning, rather, Allah is the best planner.

Mampukah kita mengubah paradigma?

بسم الله الرحمن الرحيم Setiap tahun akan ada pelajar baru yang datang ke Mesir, khusus yang saya maksudkan- Iskandariah. Setiap sesi akan ada persaingan antara persatuan dalam merekrut adik-adik tahun pertama yang masih tercari-cari panduan dan tujuan. Tiada salah dalam perkara ini. Sesiapa sahaja layak berusaha untuk merekrut sesiapa sahaja untuk menyertainya. Sebagaimana suasana di kolej dan universiti, para pelajar senior akan mempromosikan kelab dan persatuan masing-masing kepada freshie yang baru tiba. Namun, perkara ini menjadi lebih serius kerana ia melibatkan gerakan-gerakan dakwah. Apalagi dengan bilangan pelajar yang saban tahun berkurangan kerana penaja MARA telah menamatkan peluang penajaan ke Mesir atas faktor politik dan keselamatan. Setiap gerakan dakwah mahukan pelapis-pelapis bagi meneruskan agenda dan perjuangan gerakan. Jadi setiap persatuan akan melaksanakan pelan-pelan melalui program, bertemu secara individu mahupun berkumpulan bagi menarik minat kumpulan s

Bagaimana ingin menggerakkan sesuatu idea secara efektif?

بسم الله الرحمن الرحيم Ini adalah 1 dari 2 soalan saya kepada En Fazrul, CEO Sinergi Ikhlas dalam sebuah pertemuan, dan beliau meletakkan 4 elemen penting, berdasarkan kepada pengkajian Scott Belski. 4 perkara tersebut ialah: 1. Idea 2. Structure / Organization 3. Communal forces 4. Leadership Keempat-empat perkara ini sangat penting dalam memastikan 'the burning desire' itu terus menyala dan mampu dilaksanakan. Ketika kita punya suatu visi atau impian yang ingin dicapai, pastikan agar keempat-empat perkara ini diperhatikan dan diusahakan. Tidak mungkin kebaikan dan kebenaran yang semberono tidak terancang mampu menewaskan kebatilan dan kejahatan yang tersusun. Lalu bagaimana itqan dan teliti kita dalam menyusun atur diri dan manusia, untuk diri dan manusia? Wallahu'alam.