Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Selangkah yang lebih bernilai dari seribu langkah

بسم الله الرحمن الرحيم "Aku sudah datang dari jauh untuk menemuimu" Kata seorang pemuda kepada Abu 'Ali ad-Daqqaq, seorang zahid. Pemuda tersebut datang dari negeri yang jauh dengan harapan dapat menjadi murid dan teman dekat sang zahid ad-Daqqaq. Dia mengira dia akan mendapat tempat yang utama kerana panjang dan jauh perjalanannya untuk dekat dengan ad-Daqqaq berbanding orang lain. Lalu ad-Daqqaq berkata, "Masalah ini (menyucikan jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah) tidak bisa dicapai dengan semata-mata telah menempuh jalan yang jauh. Ceraikanlah hawa nafsumu satu langkah sahaja, maka engkau akan dapat jumpa apa yang engkau cari!" Itulah yang dimaksudkan oleh ad-Daqqaq dengan nafsu yang selalu memerintahkan keburukan. Nafsu inilah yang selalu menimbulkan kerosakan. Tujuan dakwah seorang daie tidak akan tercapai kecuali dengan dengan memisahkan diri selangkah dari nafsu ini, sebagai bukti bahawa dia telah terlepas dari ikatannya. Ikatan dalam bentu