Mengikhlaskan perjuangan Palestin kerana Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Permasalahan yang menimpa Palestin hakikatnya bukan hanya ujian buat rakyat Palestin tetapi juga adalah ujian buat kita semua umat Islam. Allah swt tidak sahaja sedang memilih hamba-hambaNya di Palestin, tetapi pada masa yang sama Allah juga sedang menyaring umat Islam yang berada di luar Palestin. Allah ingin menguji, siapa dari kalangan hambaNya yang ada rasa peduli terhadap saudara-saudara mereka di Palestin, dan juga kepada Masjid al-Aqsa yang sehingga kini masih dijajah Zionis.

Isu Palestin juga menjadi kayu pengukur, sejauh mana umat Islam kembali kepada Allah. Perkara ini adalah penting kerana secara faktanya, al-Aqsa hanya mampu dibebaskan oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas berjuang, soleh, serta memiliki kekuatan fizikal dan spiritual, sebagaimana telah kita saksikan dalam sejarah pembebasan al-Quds oleh para sahabat dipimpin oleh Abu Ubaidah al-Jarrah ra pada tahun ke 15H (637M) dan Salahuddin al-Ayyubi (27 Rejab 583H/1187M).

Baginda saw telah mengingatkan kepentingan niat dalam sebuah hadith,

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin al-Khattab ra, berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Segala amal itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya menuju Allah dan rasulNya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang dia inginkan."

(HR Bukhari dan Muslim)

Lalu, perjuangan ini jangan dicemari dengan niat-niat yang salah. Sebesar mana dan sehebat mana pun usaha sekiranya tidak diawali dengan niat kerana Allah swt, maka kebaikan itu tidak ada sedikit nilai pun disisi Allah swt. Sebaliknya, sekecil mana pun usaha kita untuk membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa, Allah pasti akan menilainya dengan sebaik-baik nilaian.



Ikhwah yang dikasihi (dari kiri, Umar Muttaqi, Asyraf Din, Nu'man Jamal, Muaz Arif)
bersama Dr Tahir dan Ust Haris di Multaqa I'tilaf 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.