Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Mengikhlaskan perjuangan Palestin kerana Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Permasalahan yang menimpa Palestin hakikatnya bukan hanya ujian buat rakyat Palestin tetapi juga adalah ujian buat kita semua umat Islam. Allah swt tidak sahaja sedang memilih hamba-hambaNya di Palestin, tetapi pada masa yang sama Allah juga sedang menyaring umat Islam yang berada di luar Palestin. Allah ingin menguji, siapa dari kalangan hambaNya yang ada rasa peduli terhadap saudara-saudara mereka di Palestin, dan juga kepada Masjid al-Aqsa yang sehingga kini masih dijajah Zionis. Isu Palestin juga menjadi kayu pengukur, sejauh mana umat Islam kembali kepada Allah. Perkara ini adalah penting kerana secara faktanya, al-Aqsa hanya mampu dibebaskan oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas berjuang, soleh, serta memiliki kekuatan fizikal dan spiritual, sebagaimana telah kita saksikan dalam sejarah pembebasan al-Quds oleh para sahabat dipimpin oleh Abu Ubaidah al-Jarrah ra pada tahun ke 15H (637M) dan Salahuddin al-Ayyubi (27 Rejab 583H/1187M). Baginda saw telah me

Kenapa..?

Kenapa, ayat-ayat Allah yang dibacakan sehingga orang musyrikin menangis, tidak mampu merobah kita? Ataukah hati kita terlalu keras, ataukah kita suka bertangguh tangguh, sehingga hanya kematian hanya mampu merobah kita? "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (al-Mu'minun:107)