Israel dan Apartheid

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar: Moamar Awad, Maan Images



1. Apa itu apartheid?

"Apartheid" merujuk kepada pengasingan bangsa diamalkan sebelum ini di Republik Afrika Selatan, melibatkan diskriminasi politik, undang-undang dan ekonomi keatas orang berkulit bukan putih

dan, definisi yang lebih luas ialah

apa-apa sistem sosial yang membahagikan dan mendiskriminasikan masyarakat mengikut bangsa atau etnik, terutamanya apabila sistem tersebut diinstitusikan melalui undang-undang dan dekri.


2. Mengapa sebahagian orang mengatakan Israel mengamalkan apartheid?

Israel dan Afrika Selatan berbeza dari banyak aspek. Namun banyak bukti yang menunjukkan dasar-dasar Israel bertepatan dengan definisi luas apartheid dengan mengasingkan dan mendiskriminasi Arab Palestin melalui sistem yang termaktub dalam undang-undang dan dekri. Sebahagian dari polisi ini menyerupai Afrika Selatan ketika era apartheidnya.

Semenjak penubuhannya, Israel berusaha keras untuk mewujudkan dan mengekalkan majoriti Yahudi dalam negara tersebut, menjadikan ratio Yahudi kepada non-Yahudi sebagai isu keselamatan negara. Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman mendakwa rakyat Palestin di Israel merupakan "ancaman demografik" yang besar terhadap Israel.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Lieberman telah menyokong pengusiran penduduk Palestin dari Israel. Dalam temubual beliau dengan Sunday Telegraph pada 5 November 2006, Liberman menyebut rakyat Palestin di Israel yang merangkumi 20% dari populasi Israel, adalah masalah yang memerlukan "pemisahan" dari negara. Beliau menambah," Kami menubuhkan Israel sebagai negara Yahudi. Saya ingin menjadikan Israel beridentitikan negara Yahudi, dan Zionis. Itulah masa depan yang saya harapkan. Sama ada Israel akan menjadi seperti negara-negara lain (bercampur etnik), atau akan kekal sebagai negara Yahudi."

Banyak polisi-polisi Israel-- bermula dari pengusiran 750,000 rakyat Palestin (Kristian mahupun Muslim) ketika penubuhan negara haram Israel dan penafian hak mereka yang diiktiraf antarabangsa untuk kembali ke rumah masing-masing, sehingga kepada "security barrier" pada hari ini-- bertujuan untuk memelihara dominasi demografik bangsa Yahudi.

Hal ini mengakibatkan polisi diskriminasi berlaku keatas semua rakyat Palestin samada yang tinggal dibawah Israel ataupun yang terjejas dari pentadbiran Israel, termasuklah pelarian Palestin dalam buangan.


3. Apa kaitan rakyat Palestin dari luar Israel dengan apartheid yang dikenakan Israel?

Benar, "apartheid" biasanya melibatkan pertimbangan bagaimana negara mentadbir dan melayan rakyat mengikut tanah didalam kuasa mereka. Walaubagaimanapun, Israel melaksanakan polisi diskriminasi menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh tinggal didalam sempadannya. Jadi, rakyat Palestin yang telah tinggal selama bergenerasi di tanah mereka dihalau keluar atau terpaksa melarikan diri dari kawasan yang dikuasai Israel kerana ketakutan, dan tidak pernah dibenarkan untuk pulang. Pengusiran mereka secara berterusan menjadikan Israel tetap menjadi negara yang majoritinya Yahudi. Tambahan lagi, Law of Return (Undang-Undang Kembali) Israel memberikan hak kerakyatan automatik kepada semua warga Yahudi seluruh dunia- undang-undang yang menggalakkan imigrasi Yahudi dan memperkukuhkan lagi demographic predominance Yahudi.


4.Apa kategori penduduk yang tinggal dibawah penjajahan Israel?

Kini Israel mempunyai:

5.8 milion rakyat Yahudi

1.6 milion rakyat Palestin Kristian dan Muslim dengan kerakyatan Israel ( turut dirujuk sebagai Arab Israel)

0.3 milion rakyat bukan Yahudi/Arab

4.2 milion rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, Timur Jerusalem dan Semenanjung Gaza.


5. Adakah tepat menyatakan layanan Israel terhadap rakyat Palestin satu bentuk apartheid?

Dalam beberapa hal, ya.

Dari satu segi, rakyat Palestin Israel tidak menghadapi pengistitusian dan pemisahan secara formal sebagaimana yang berlaku di Afrika Selatan.

Namun begitu:
Yahudi Israel mendapat hak dan kebebasan yang lebih baik berbanding warga Palestin di Israel. Sekalipun rakyat Palestin di Israel mempunyai hak mengundi dan bertanding untuk merebut jawatan, mereka menerima diskriminasi 'de jure' dan 'de facto' dalam banyak aspek kehidupan.

Lebih 30 undang-undang Israel dengan jelas memberikan kelebihan Yahudi keatas bukan Yahudi. Ini termasuklah:

The Law of Return yang memberi hak kerakyatan automatik kepada warga Yahudi dari seluruh dunia melalui permohonan, pada masa yang sama menghalang hak yang sama kepada warga Palestin.

The Law of Basic Human Rights and Liberty mendefinisikan Israel sebagai negara "Yahudi" dan bukannya negara bagi semua rakyatnya.

Undang-undang dan simbolik komitmen keatas bangsa Yahudi dari seluruh dunia ini membawa kepada kepelbagaian bentuk diskriminasi terhadap rakyat Palestin.


6. Bagaimana Israel melakukan diskriminasi terhadap warga non-Yahudi?

Menurut Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2010:

"Masalah hak kemanusiaan secara asasinya di Israel adalah merupakan diskriminasi keinstitusian, undang-undang dan kemasyarakatan keatas warga Arab... bangsa Arab dan rakyat minoriti lain menerima diskriminasi formal dan sosial dalam beberapa perkara, termasuklah pekerjaan, pendidikan, hak tanah, dan kewarganegaraan."

Sebagai contoh:

93% tanah di Israel dimiliki sama ada oleh kerajaan ataupun agensi separa kerajaan (seperti Jewish National Fund) yang mendiskriminasi warga bukan Yahudi.

Kebanyakan kanak-kanak non-Yahudi memasuki sekolah yang "dipisahkan dan tidak sama rata" berbanding dari sekolah yang dimasuki warga Yahudi. Bajet kerajaan juga diagihkan jauh lebih banyak kepada sekolah-sekolah warga Yahudi.

Banyak bandar di Israel dengan majoriti populasi Palestin kekurangan perkhidmatan awam dan menerima sedikit bantuan kewangan berbanding bandar majoriti Yahudi. Bahkan, lebih 70 kampung dan komuniti Palestin di Israel, sebahagiannya wujud sebelum Israel lagi, tidak diiktiraf oleh kerajaan, tidak menerima perkhidmatan awam, dan tidak disenaraikan dalam peta rasmi.

The Nationality and Entry into Israel Law menghalang rakyat Palestin dari "Kawasan Jajahan" yang berkahwin dengan warga Palestin dari Israel untuk mendapatkan status kerakyatan. Undang-undang ini memaksa ribuan warga Palestin sama ada meninggalkan Israel, ataupun hidup terpisah dari keluarga mereka. Mahkamah Agung Israel mendukung dekri tersebut apabila dipetisyenkan oleh Adalah, Pusat Perundangan bagi Hak Minoriti Arab di Israel, dan lain-lain kumpulan.

Ramai pula rakyat Yahudi meluahkan sikap racist terhadap warga Palestin dan Arab yang lain.

Pungutan suara Januari 2011 menunjukkan lebih separuh warga Yahudi Israel tidak mahu tinggal bersebelahan dengan Arab. Mengikut laporan September 2010, separuh dari pelajar Yahudi tidak mahukan Arab di kelas-kelas mereka dan 59% menolak hak sama rata untuk bangsa Arab.

Buku-buku teks sekolah juga menggambarkan rakyat Palestin dan Arab dalam cara yang menghina.

Figur-figur politik Israel juga secara terbuka memperkecil dan mentohmah warga Palestin.

Rabbi Ovadia Yosef, bekas Ketua Rabbi Sephardic Israel dan pemimpin spiritual Shas, parti ketiga terbesar di Parlimen Israel, Knesset, menyebut bahawa "hampir semua orang tahu Arab adalah ular... dan ular perlu diperlakukan seperti ular." (Maariv, 7/12/2001)

Ahli Knesset dan bekas menteri Efraim Eitam menggelar rakyat Palestin di Israel sebagai "a ticking time bomb" dan mengatakan mereka "serupa kanser yang sedang membesar- Kita harus mempertimbangkan keupayaan demokrasi Israel meneruskan penyertaan warga Arab." (Haaretz, 3/22/2002)


7. Apakah kunci perbezaan antara polisi apartheid Afrika Selatan dan Israel terhadap rakyat Palestin?

Di Israel, terdapat kekurangan pemisahan secara formal sebagaimana yang diamalkan di Afrika Selatan. Perbezaan penting lain ialah sementara warga putih Afrika Selatan ingin mengeksploitasi tenaga kerja komuniti kulit hitam dibawah apartheid, Israel cenderung untuk memindahkan rakyat Palestin sejauh mungkin dari tanah mereka dan mengambil tanah tersebut untuk kegunaan mereka.

Rampasan tanah bermula pada 1948 dan berterusan sejak itu. Pada 1948, kira-kira 750,000 rakyat Palestin (3/4 jumlah rakyat Palestin) telah diusir ataupun mereka lari kerana ketakutan sewaktu perang. Israel memusnahkan lebih 400 kampung Palestin dan merampas selebihnya untuk pendudukan warga Yahudi. Rampasan harta peribadi rakyat Palestin oleh Israel berterusan sehingga hari ini.

Mulai 1967, rampasan tanah dilanjutkan sehingga Tebing Barat dan Gaza, dan terutamanya di Jerusalem Timur.


8. Adakah adil menyatakan polisi Israel di Tebing Barat dan Gaza suatu bentuk apartheid, walaupun kawasan-kawasan ini bukannya sebahagian dari Israel?

Pada tahun-tahun awal penjajahan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, mungkin tidak adil untuk menyatakan sistem ketenteraan mereka di rantau tersebut sebagai satu bentuk apartheid; polisi-polisi diskriminasi terhadap rakyat Palestin boleh dilihat sebagai insiden sementara dalam konflik bersenjata pada 1967 dan selepasnya.

Namun kini Israel telah mengekalkan kawalan terhadap kawasan-kawasan ini lebih dari 44 tahun- 2/3 tempoh keseluruhan sejarah Israel sebagai negara. Walaupun selepas pengunduran imigran Yahudi pada 2005 dari Gaza, Israel berterusan mengawal keluar masuk orang dan barangan dan secara tidak langsung berterusan menentukan nasib rakyat Palestin Gaza. Tambahan lagi, Israel telah merampas Timur Jerusalem, dan mengumumkan hasratnya untuk kekal mengawal hampir separuh Tebing Barat, kemungkinan termasuk Lembah Jordan. Atas segala tujuan dan maksud mereka, Israel dan kawasan Palestin dibawah kawalannya berfungsi sebagai satu ekonomi bersepadu dan unit politik. Oleh itu mustahil untuk melihat penjajahan sepanjang itu sebagai "temporary phenomenon".

Tetapi di kawasan-kawasan jajahan inilah pentadbiran Israel mempamerkan pelaksanaan apartheid yang lebih kuat.

Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza mempunyai hak dan kebebasan yang lebih sedikit berbanding mereka yang mempunyai kerakyatan Israel. Mereka tidak mempunyai suara dalam politik di Israel, sekalipun Israel secara langsung mengawal hidup mereka.

Pengasingan dan diskriminasi amat jelas dalam 2 sistem perundangan yang berbeza terpakai kepada Yahudi dan Palestin- Yahudi Israel secara tidak sah tinggal di Tebing Barat hanya tertakluk dalam undang-undang Israel, menikmati hak mengundi, dan hak untuk melancong di dalam dan luar negara. Rakyat Palestin di kawasan yang sama tidak terlepas dari undang-undang Israel, tiada hak mengundi dalam pilihanraya Israel dan tidak boleh melancong secara bebas dalam ataupun luar Israel.

Pemisahan dan diskriminasi turut terbukti dalam:

Sistem jalanraya menyeluruh yang dibina Israel sepanjang Tebing Barat tidak boleh digunakan rakyat Palestin. "Jalanraya-Israel Sahaja" ini memisahkan tanah-tanah rakyat Palestin di Tebing Barat dan menghalang kebebasan bergerak.

Rakyat Palestin di Tebing Barat selalunya memerlukan keizinan hanya untuk berjalan dari satu kampung ke kampung yang lain, dan perlu melalui banyak checkpoint tentera Israel, mengingatkan kita kepada "pass system" yang dikenali di Afrika Selatan mengawal pergerakan orang kulit hitam.

Bishop Desmond Tutu, pemimpin anti-apartheid di Afrika Selatan, menjelaskan apa yang dilihatnya ketika melawat Palestin "hampir-hampir seperti apa yang berlaku pada kami di Afrika Selatan. Saya telah melihat penghinaan terhadap rakyat Palestin di checkpoint dan roadblock, menderita sebagaimana kami apabila polis-polis berkulit putih menghalang kami dari meneruskan perjalanan."

Israel telahpun mula untuk menyempadankan Palestin kepada sebuah wilayah kecil dan terkepung di Tebing Barat, serupa seperti "Bantustans" yang terkenal dibina oleh Afrika Selatan untuk orang kulit hitam.

Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza memang ada hak untuk mengundi Palestinian Authority (Pihak Berkuasa Palestin), namun badan tersebut telah hilangnya kekuasaan, yang ada hanyalah setem pos, urusan pasport dan sebuah pasukan polis. PA tidak mempunyai kuasa keatas pendatang Israel dan pendudukan di Tebing Barat, sempadan, ruang udara, sumber air, pendaftaran populasi dan pelbagai aspek yang hakikatnya kerap tertakluk diatas kawalan kerajaan Israel.

Walaupun dijajah pada 1967, Timur Jerusalem sebenarnya dirampas secara haram oleh Israel. Penduduk Palestin di situ bukannya rakyat Israel, hanya "legal residents" yang terpaksa berulangkali membuktikan hubungan mereka dengan Jerusalem bagi membolehkan mereka terus tinggal di sana. Rakyat Palestin mengalami pelbagai rintangan undang-undang kepada penyatuan keluarga dan ketidaksamaan dalam akses perumahan, khidmat perbandaran dan lain-lain kelebihan sosial. Mereka dilayan seperti orang asing dalam negara sendiri, tanpa hak mengundi dalam pilihanraya nasional.

Profesor Undang-Undang Afrika Selatan dan bekas Pelapor Khas untuk Hak Asasi Manusia dalam Occupied Palestinian Territories (OPT) PBB, John Dugard menyebut didalam Persidangan Agung PBB, "Pengendalian Israel terhadap OPT menggambarkan cabaran yang sama dalam kredibiliti hak asasi manusia antarabangsa yang apartheid lakukan pada 1970-an dan 1980-an. Terdapatnya pencabulan hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara sistematik, mengaibkan dan mengerikan, dilakukan bukan oleh militia yang tidak berdisiplin dan tidak dikawal, tetapi sebaliknya oleh tentera yang paling berdisiplin dan canggih di dunia moden, diarahkan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berdisiplin."


9. Mengapa Palestin memanggil "tembok keselamatan" Israel sebagai "tembok apartheid"?

Tembok ini, secara fizikalnya mengerdilkan tembok Berlin sebelum itu, menjamin penguasaan Israel terhadap tanah-tanah yang dirampas dari rakyat Palestin dan memisahkan komuniti mereka dari satu sama lain. Peraturan-peraturan khas memerlukan warga Palestin untuk mendapatkan permit sekalipun untuk mendekati tembok di beberapa tempat, pada masa yang sama warga Yahudi boleh melakukannya tanpa kawalan.

Sekiranya tujuan sebenar pembinaan tembok ini adalah untuk memberi keselamatan untuk rakyat Israel, sudah pastinya akan dibina mengikut sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada tahun 1967 ( ataupun nama lainnya "Garisan Hijau"); tetapi, tembok ini telah didirikan atas tanah rakyat Palestin dan dalam beberapa keadaan memasuki tengah-tengah tanah Palestin, justeru menjamin penguasaan demografik Yahudi didalam kawasan Jerusalam dan Tebing Barat yang ingin dipegang Israel.

Pada tahun 2004, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan tembok tersebut dibina secara haram dan mesti dihancurkan, serta mengarahkan Israel untuk membayar ganti rugi atas kerosakan yang dialami oleh rakyat Palestin melalui pembinaan tembok tersebut. Mahkamah juga memanggil negara-negara sebagai pihak ketiga bagi memastikan Israel mematuhi penghakiman yang ditetapkan.


10. Bagaimana komuniti antarabangsa bertindak balas (terhadap apartheid)?

Seluruh dunia menolak kerajaan perkauman Afrika Selatan dan mengenakan sekatan terhadapnya ( kecuali Israel, yang mengekalkan hubungan rapat dengan Afrika Selatan). Kebanyakan masyarakat dunia menzahirkan strong disapproval terhadap diskriminasi yang diinstitusikan Israel. Kerajaan A.S. menyedari rekod diskriminasi yang dijalankan Israel, seperti yang ditunjukkan dalam laporan Jabatan Negara A.S. Namun pemimpin-pemimpin politik A.S, sehingga hari ini, tidak mendesak Israel- sebagai contoh, mengenakan syarat atas bantuan ekonomi dan ketenteraan- untuk menghentikan dasar diskriminasi terhadap rakyat Palestin.


Sumber: Institute for Middle East Understanding (IMEU)
artikel asal: http://imeu.net/news/article003473.shtml#top

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.