Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Israel dan Apartheid

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Gambar: Moamar Awad, Maan Images 1. Apa itu apartheid? "Apartheid" merujuk kepada pengasingan bangsa diamalkan sebelum ini di Republik Afrika Selatan, melibatkan diskriminasi politik, undang-undang dan ekonomi keatas orang berkulit bukan putih dan, definisi yang lebih luas ialah apa-apa sistem sosial yang membahagikan dan mendiskriminasikan masyarakat mengikut bangsa atau etnik, terutamanya apabila sistem tersebut diinstitusikan melalui undang-undang dan dekri. 2. Mengapa sebahagian orang mengatakan Israel mengamalkan apartheid? Israel dan Afrika Selatan berbeza dari banyak aspek. Namun banyak bukti yang menunjukkan dasar-dasar Israel bertepatan dengan definisi luas apartheid dengan mengasingkan dan mendiskriminasi Arab Palestin melalui sistem yang termaktub dalam undang-undang dan dekri. Sebahagian dari polisi ini menyerupai Afrika Selatan ketika era apartheidnya. Semenjak penubuhannya, Israel berusaha keras untuk mewujudkan dan mengekalkan ma

Siri 5: Usaha Damai dan Kesannya terhadap Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم Usaha damai dan hasilnya buat rakyat Palestin Pelbagai usaha kesepakatan damai telah dilakukan sejak 1948 antara rejim Israel dengan Palestin untuk menyelesaikan sengketa wilayah. Namun yang diperolehi rakyat Palestin sehingga tahun 2001 hanya 17% wilayah Tebing Barat (sekitar 1000 km persegi). 25% pula berada di bawah pengawasan kedua-dua belah pihak, sementara 58% kawasan Tebing Barat yang lainnya tetap berada dalam lingkungan Yahudi. Selain itu, 55% dari wilayah semenanjung Gaza dimiliki rakyat Palestin, iaitu sekitar 200km persegi ataupun 4.4% dari keseluruhan wilayah Palestin. Pada perjanjian 1948 berkaitan pembahagian tanah, telah ditetapkan bahawa bangsa Yahudi adalah pemilik sah bumi Palestin lalu menyekat wilayah sengketa Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Sementara menanti hasil akhir kesepakatan damai atas status wilayah jajahan, mereka berterusan merampas satu persatu daerah Palestin dan mengaut hasil alamnya sehingga dikhuatiri tiada sedik

A Day in Bursa

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 17/2 Untuk 2 hari seterusnya kami akan keluar dari Istanbul menuju ke Bursa, dan Denizli keesokannya. Dari stesen  Kabataş  kami menaiki feri 2 tingkat syarikat Burulas. Jam 8.35am kami pun bertolak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di Bursa. Tibanya di sana kami berjumpa dengan Emir, rakan tour guide kami sepanjang di Bursa. Beliau sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris. Kami menaiki bas ke bandar utama dan tiba di Ulu Camii, masjid yang tertua di Bursa serta menjadi pusat aktiviti masyarakat di sini.  Sejarah Ulu Camii bermula apabila Sultan Beyezid I (1360-1409), cicit pengasas Daulah Uthmaniyyah, Osman Ghazi berhasrat untuk membina 20 buah masjid di Bursa setelah kemenangan besar 70 000 tentera terhadap tentera King Sigusmund of Hungary yang berjumlah 130 000 pada 25 September 1396 di Nikpolu. Atas nasihat ulama, dari membina 20 masjid yang memakan banyak kos dan masa, beliau bersetuju untuk membina sebuah masjid dengan 20 k

Siri 4: Bermulanya penjajahan Zionis

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم BERMULANYA PENJAJAHAN ZIONIS DAN PEMUSNAHAN BUMI PALESTIN Tipu muslihat bijak British yang jelas membuka pintu kepada bangsa Yahudi untuk masuk ke Palestin telah menjadi titik awal pendudukan secara besar-besaran ke atas bumi milik umat Islam, lebih-lebih lagi setelah perjanjian Sykes-Picot dan Balfour. Pada awalnya mereka hanya membangunkan tanah pertanian. Namun seterusnya berkembang menjadi projek localization yang semakin meluas. Dana projek tidak lain tidak bukan datang dari bilionair Yahudi, Rostchild dan Jewish Monetary Fund yang diasaskan oleh World Zionist Organization. Pada akhir-akhir tempoh pemerintahan Turki Uthmaniyyah (1917-18M), usaha-usaha penjajahan terhadap bumi Palestin semakin rancak. Bangsa Yahudi mula menguasai 420,000 Donum (1 donum=kira-kira 1000m persegi) atau sekitar 1.57% dari jumlah keluasan Palestin. Mereka dapat menguasai tanah seluas ini dengan cara mendirikan sekolah-sekolah pertanian atau membeli secara paksa. Mereka mem