Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Turki Kami Datang: The Conquest of Istanbul 2014

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم "Berjalan-jalan adalah salah satu wasilah mendapat ibrah yang muntij" 15 Februari 2014 Alunan suci al-Quran membangunkan jasad dari mati yang sementara. Aiman sedang mengulang hafalannya di meja kopi. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Masih sempat untuk solat di masjid. Saya bangun dan menunggu Ahmad yang sedang menggunakan bathroom. Solat Subuh di masjid sini agak lewat dibandingkan di Mesir dan Malaysia. Tamatnya solat dan wirid seusainya, biasanya langit sudah agak cerah. Alhamdulillah kerana kami duduk di hotel berdekatan dengan Masjid Sultanahmet. Suasana di sini juga damai dan tenang, sangat sesuai untuk keluarga dan orang-orang yang cintakan ketenangan. Ada ke yang tak?  Baiklah, kita terus untuk itinerary hari ini; Panorama,Mesjid Eyup Sultan dan Miniaturk.  Cuaca hari ini redup dan lebih sejuk berbanding biasa. Kami bertolak dari tram Sultanahmet menuju ke stesen Topkapi lebih kurang 15 minit. Public transport disini banyak ch