Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Cerper: Luka

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Amru baru turun dari tramco yang menurunkannya berdekatan dengan rumahnya. Langkah kakinya dipercepat. Dia tidak sabar mahu sampai ke rumah. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang, tetapi sewaktu musim shita' (sejuk) Maghrib akan menjadi seawal 5 petang. Cuaca yang dingin serta angin yang deras menyebabkan tubuhnya sedikit menggigil walaupun sudah memakai jaket yang tebal.