Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Will you comprehend?

2 days ago (29 December 2014), a boy named Ali was hit and run by a Jewish settler in al-Khalil, he was rushed to Bersheeba Hospital for emergency treatment.

Buang sampah

Bismillah. Arab suka buang sampah merata-rata.

Mengubah dunia dari jalanan?

بسم الله الرحمن الرحيم Kami memikirkan, ramai dari kita ada bakat yang terpendam

The perks of doing elective posting.

Imej
Before every summer break, elective posting or attachment in hospitals are one of the common topics being discussed among medical students especially for those in clinical years. There will be many things lingering in our mind when we talk about it. How to apply? Is it tough? What should I equip myself with? Can I cope? There are fears, and there are expectations. But like what Naik always said, just do it! Who can apply? Any medical students who are: 1. Studying in institutions listed on Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 . Refer Page 43-60, 2. Local IPTA or IPTS, 3. Still studying. Postgraduates cannot apply except registered under overseas Majlis Perubatan, applying under seksyen 6 Akta Perubatan 1971 .  You guys are encouraged to apply to do elective posting in government hospital, be it clinical or preclinical students. It's true that clinical students will obtain more benefit because they are more involved and exposed in performing cli

Menyelamatkan lidah di akhir zaman

Imej
Hari ini tangan kita menggantikan lidah-lidah untuk berkata-kata. Menulis di depan papan kekunci dan touchscreen lebih mudah berbanding berpidato atau bersyarah di khalayak orang ramai. Mungkin kerana itu, begitu banyak komen-komen terpapar di media sosial, khususnya facebook yang popular bagi semua peringkat umur. Pos-pos berkaitan isu sensasi dan menarik pasti memancing lebih ramai pengguna facebook untuk terlibat sama. Jika tulisannya itu membawa kebaikan, berunsur positif dan menyatakan kebenaran tiada salah sama sekali. Namun, amat menyakitkan apabila komen-komen yang ditulis hanya menambah kemudaratan, bukan memberikan penyelesaian.  Kemudaratan berlaku apabila berlakunya kezaliman terhadap mangsa fitnah kerana sesuatu yang tidak benar ditimpakan kerana komen-komen yang ditulis. Kemudaratan juga boleh berlaku dalam bentuk hilangnya ukhuwwah dan mahabbah akibat pertelingkahan di media sosial. Hubungan menjadi renggang. Belum lagi disebut bagaimana balasan akibat ti

Tsabat

Imej
Asas kepada dakwah kita adalah mengajak manusia kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Jika wasilah kepada dakwah ini adalah sebagai seorang doktor, maka dia bukan sahaja perlu menyelamatkan nyawa pesakitnya, tetapi juga iman dan ruhnya. Tanggungjawab kita amat besar, perlu kuasai kedua-dua bidang ilmu. Oleh kerana ramai yang tidak mempersiapkan diri sebaiknya semasa usia siswa, mereka gugur sewaktu memasuki fasa pekerjaan. Ada yang meninggalkan terus bidang perubatan, adapun yang lain tidak lagi bersama dakwah. Mereka tidak tsabat dan berupaya untuk menangkis halangan-halangan yang menyerang. Adapun virus dan halangan itu ialah: 1. Ada manusia yang diuji dengan sifat gopoh kerana 'nafasnya pendek' serta kurang cekal.  Akhirnya mereka tidak sampai kepada matlamat. (al-Ahqaf:35) 2. Beribadah dalam keadaan ragu-ragu. Kekal atas jalan dakwah selagi dakwah berada dalam keadaan tenang tanpa ujian dan perkara yang menyakitkan. Manusia seumpama ini cepat berubah, mundur

Gaza dan sebuah keyakinan

Syawal, tahun ke-5 hijrah. Pada tahun ini berlakunya Perang Khandaq, ghazwah yang ketiga bagi umat Islam. Peristiwa di Uhud telah meninggalkan parut yang dalam buat para muslimin. Mereka tidak lagi digeruni, kehebatan mereka diperlekehkan. Apalagi umat Islam diancam dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Golongan Yahudi, munafiqin serta kabilah Arab sudah mula berani menentang Islam secara terang-terangan. Mereka sekian lama menyimpan hasad, dendam dan kebencian, dan inilah masanya untuk melunaskannya! Suasana yang dicipta pada ketika itu begitu menguji umat muslimin. Para sahabat dicengkam dengan rasa lapar yang dahsyat dan kedinginan yang mencucuk tubuh-tubuh itu. Kali ini mereka berhadapan dengan seluruh kabilah Arab serta bani Quraizah yang melakukan pengkhianatan atas perjanjian dan tipu muslihat.  Mukminin dirudung rasa cemas dan takut. Apabila tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan ma

Kenapa boikot?

بسم الله الرحمن الرحيم Consumer boycott adalah salah satu usaha yang giat dilakukan oleh masyarakat dunia bagi menekan Israel menghentikan penjajahan dan penindasan keatas rakyat Palestin, sama ada di Gaza, Tebing Barat mahupun di dalam Israel sendiri (Israeli Ar abs). Pendekatan boikot dilakukan kerana ianya pernah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 90-an. Pada hari ini, Israel juga adalah entiti apartheid dalam definisi yang lebih luas, berterusan menjajah dan mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri sejak 1948. Pada hari ini, antara contoh kejayaan boikot adalah Nike yang tersenarai dalam senarai boikot pada 2011 kerana menyumbang kepada Israel, namun pada 2012 mereka dikeluarkan dari senarai kerana telah mengubah polisi tidak menyokong Israel. Begitu juga dengan kelab bola sepak terkemuka Arsenal F.C. Pada awal Jun lepas, Sodastream, sebuah syarikat yang menghasilkan botol dan air bikarbonat terpaksa menutup cawangannya, EcoStr

Palestine-Israel conflict: Fact or Fiction?

بسم الله الرحمن الرحيم In the chaos of today's media war, it has become increasingly difficult to differentiate myth from reality. In light of this, we'd like to present a few common myths about Israel's occupation of Palestine. FICTION 1. Israel only reacts to terrorism from groups like Hamas. If the Palestinians stopped advocating violence, there could be a peaceful resolution to this conflict. 2. The land of Israel has always belonged to the Jewish people, and Israel has the right to exist as Jewish state. 3. Israel is the only democratic state in the Middle East. 4. Israel is not guilty of war crimes or breaking international law. 5. Israel is nothing like South Africa. To call it an apartheid state is a gross exaggeration and misleading. FACT 1. Israel is occupying Palestine- not the other way around. Thus, when Palestinians resist, it is because they are being occupied: they are acting in defense, while Israel, the occupying forces, is acting in ag

Kisah Alberto dan susu

Imej
Pada zaman kesultanan Cina Madagascar, ada sebuah kedai di sebuah pekan yang sangat terkenal dengan susunya yang enak dan lazat. Nama pemilik kedai tersebut adalah Tommy Go Go Power Rangers. Agar penceritaan lebih mudah kita namakan Tommy sahaja. Setiap hari dia akan menjualnya pada penduduk pekan tersebut. Pada suatu hari dia bercadang untuk memberikan susunya secara percuma kepada penduduk pekan. Mereka hanya perlu datang dengan membawa bejana, baldi, botol nestle ataupun apa-apa bekas yang boleh menyimpan air. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pekan. Mereka tidak sabar untuk menikmati susu yang paling enak di daerah tersebut. Antara yang mendapat khabar tersebut adalah Alberto. Dia juga adalah peminat tegar susu. Dia sedari kecil sudah berpengalaman meminum pelbagai jenis susu- susu lembu, susu kambing, susu unta, susu full cream, susu fat free, susu skim, susu coklat, susu strawberi, susu Juhaina, susu Beyti, susu Dutch Lady dan banyak lagi. Namun begitu, dia menga

Kemuliaan

بسم الله الرحمن الرحيم "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mengambil selain dari Islam maka Allah akan menghina kita" -Umar al-Khattab ra. Umat ini adalah umat yang mulia apabila dia mengambil islam sebagai jalan hidup yang lengkap, keseluruhan. Namun kemuliaan itu tercabut apabila ummah meninggalkan Deen ini. Kehinaan ini boleh diterjemahkan dengan keadaan ummah pada hari ini.    Wanita-wanita muslim dirogol dan dibunuh, kanak-kanak menjadi sasaran peluru, pemuda-pemuda ditahan tanpa sebab dan menghadapi seksaan demi seksaan yang tidak mampu dibayangkan manusia biasa. Kota-kota dihujani roket dan bom sehingga rata dan mati. Namun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Suara kita tidak didengar. Para pemimpin muslim bisu asal perutnya terisi sehingga buncit.    Kisah-kisah bangsa Yahudi dibacakan kepada kita bukanlah agar kita mendengarnya dan berkata "Alangkah jahatnya orang Yahudi". Mari berfikir sejenak. Bukankah mereka pe

Pena seorang daie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Penulisan datang dari bahasa, suatu bentuk komunikasi antara satu sama lain. Kemudian dari bahasa lahirlah tulisan. Direkodkan tulisan yang terawal dalam peradaban manusia ialah  tulisan cuneiform di Sumeria.   Penulisan telah banyak mengubah dunia. Dari dunia purba hingga dunia teknologi. Dengan penulisan kita dapat mengetahui sejarah dan politik. Dengan penulisan kita memahami sosiologi dan budaya masyarakat terdahulu. Dari penulisan kita dapat memahami sastera, matematik, geometri, perubatan, pembinaan dan pelbagai khazanah ilmu yang tak ternilai banyaknya. Tidak kurang juga terlalu ramai sarjana islam dari kalangan para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan selepasnya banyak memberikan sumbangan kepada islam melalui penulisan dalam bidang masing-masing, baik dalam bidang hadith, sejarah, fiqh, ataupun ilmu-ilmu sains yang muncul tidak lama kemudian. Kemudian terbit penulisan para syuyukh abad terakhir ini yang menjadi bahan rujukan dalam

Siri Akhir: Rakyat Palestin menjual tanah kepada kami, maka Palestin hak kami.

بسم الله الرحمن الرحيم Adakah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi dengan sukarela? Perlu kita tahu untuk menguasai Palestin, Yahudi dengan begitu licik menggunakan media untuk mengaburi mata dunia. Mereka menyebarkan propaganda, 'orang Palestin sendiri menjual tanah mereka kepada Yahudi, sementara orang Yahudi membelinya dengan cara "halal" dengan duit mereka sendiri. Oleh itu rakyat Palestin tidak berhak menuntutnya kembali.' Isu ini sentiasa ditimbulkan sejak dahulu, khususnya pada abad ke-19, apabila difokuskan kepada satu pemikiran, iaitu 'tanah tanpa penduduk untuk penduduk tanpa tanah' seolah-olah menggambarkan tiada penghuni di Palestin. Atas sebab itu Yahudi berhak atas tanah Palestin kerana mereka sendiri tidak memiliki tanah. Hakikatnya, pertama kali mereka tiba di sana, telah ada kehidupan bermasyarakat di Palestin. Tanah tersebut telah dihuni oleh penduduk yang sangat rajin dan berkarakter. Maka dalam perjanjian terakhir pada