Daie pembawa cinta, bukan cemeti.

بسم الله الرحمن الرحيم
cemeti besi. Ouch! (credits)



"Dakwah ini memang jalan yang penuh mehnah dan ujian"

"Jika orang menolak dakwah kita, itu adalah satu bentuk tribulasi bagi menguji ketabahan kita."

Sejak saya mula-mula men'cheburrr'kan diri dalam lautan dakwah ini, bermula dari kolam kecil, kepada sungai yang cetek sehinggalah lautan bergelora (saya baru main tepi pantai), kata-kata diatas tidak pernah lekang dari bibir-bibir para pendakwah.

Mahu dibandingkan dengan manusia-manusia tahap moksya yang sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih 20 tahun, sangatlah berbeza dari segi pengalaman dan 'rasa' itu sendiri. Saya sendiri belum mencecah 20 tahun!

Tapi semakin lama kita dicelup dalam air dakwah dan tarbiyyah ini, kita semakin mendalami maksud sesuatu perkara yang sama dengan pemahaman yang lebih berbeza dan kritikal.

Begitu jua dengan mehnah dan tribulasi yang selama ini disandarkan kepada Allah semata-mata.

Sahabat-sahabat,

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa 'Kempen anti-Tadkhin (rokok)' kurang berkesan?

Tidak hairankah mengapa mad'u kita sering melarikan diri dari kita?

Adakah dakwah itu hanya melalui program-program, ceramah dan usrah?

Apakah penyelesaiannya?

Benar, melalui pembinaan jambatan hati.

Satu fenomena yang saya lihat dalam semangat pemuda berdakwah, kita kurang memberi penekanan kepada  pembinaan jambatan hati. Dalam mesyuarat organisasi-organisasi yang pernah saya sertai, banyak perangkaan program yang dirancang, dan banyak juga program yang dilakukan untuk membina jambatan ini. Namun apa yang mengecewakan saya ialah, seolah-olah kita hanya bergantung kepada perancangan program, dengan mengabaikan dakwah fardhiyyah dalam pembinaan individu-individu muslim.

Kita hanya membuka 'pintu' saat kita rasa perlu, dan pada sepanjang masa yang lain, kita menutup 'pintu' itu. Kita hanya berdakwah dan mesra dalam program yang dianjurkan, namun pada masa-masa lain, kita bermasam muka dan jarang menyapa mad'u kita. Seolah-olah dakwah ini mengikut kemahuan kita, bukan keperluan Allah, persis dakwah ini menurut nafsu, bukannya iman.

Kita jarang bertemu mad'u, bahkan kita sebenarnya, tidak kisah pun dengan hal ehwal hidup mereka. Kita tak pernah menziarahinya, kita cuma berjumpa untuk 'mencegah kemungkaran' dan 'mengajak kepada kebaikan'. Tidak hairanlah manusia melarikan diri daripada kita. Kemudian kita mengurut dada sambil menyebut, " Ini semua dari Allah."

Allah... Apakah ini sahabat-sahabat?

Lalu kita membuat program, kelas-kelas fiqh, bulatan gembira dengan mengharapkan dapat mengislahkan masyarakat, namun mad'u-mad'u kita magash (tak hadir).

Kita memberi takzirah, memberi ayat-ayat pedas agar mereka terasa. Akhirnya mereka lebih membenci kita dan menjauh dan hilang dari pandangan mata.

Kita dengan semangat post status-status, dengan harapan mereka yang tidak bertudung memakai tudung, mereka yang merokok berhenti, mereka yang bercouple faham maksud cinta yang sebenar. Tiadalah salah hammasah(semangat) itu namun saat berhadapan dengan mereka, kita bisu dan kelu.

Perlahan-lahan baca dan tadabbur ayat 159 dalam surah ali Imran,

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali Imran: 159)

Bersifat lemah-lembutlah kerana kekerasan hati boleh dilembutkan dengan akhlak yang murni.
Maafkanlah mereka, kerena da'ie adalah pembawa cinta, bukan penghukum.
Doakanlah keampunan mereka, kerana berapa ramai yang telah mencaci dan 'mendoakan' kecelakaan buat mereka.
Bermusyawarahlah, kerana dalam musyawarah adanya rahmat.
Dan bertawakkallah, sungguh Allah mengasihi anda kerana anda benar-benar yakin dengan ketentuan dan keputusan Allah. Hasbunallahu wanikmal wakil!

dakwah adalah cinta (credits)

Maka, sahabat-sahabat,

Perbaharui niat kita. Perbetulkan langkah ini.

Teruskankanlah perjuangan menempuhi jalan dakwah yang panjang dan penuh liku ini.

Sayangilah saudara-saudara kita umpama kita mencintai makanan saat berbuka puasa. Ahah.

Memang benar banyak mehnah dan cubaan.

Akan sentiasa yang bersifat pesimis, sinis dan negatif menghalang perjalanan kita.

Batu jahiliah yang diikat pada kaki juga akan senantiasa melambatkan, tanggalkan ia dengan sabar dan optimis.

Dan sepanjang perjalanan ini, jadilah daie yang membawa cinta, bukan cemeti!

InshaAllah, moga Allah bantu. Dan jangan lupa doakan sang penulis juga. Peace. (^_^) \/


keep on moving :) (credits)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.