Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Daie pembawa cinta, bukan cemeti.

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم cemeti besi. Ouch! (credits) "Dakwah ini memang jalan yang penuh mehnah dan ujian" "Jika orang menolak dakwah kita, itu adalah satu bentuk tribulasi bagi menguji ketabahan kita." Sejak saya mula-mula men'cheburrr'kan diri dalam lautan dakwah ini, bermula dari kolam kecil, kepada sungai yang cetek sehinggalah lautan bergelora (saya baru main tepi pantai), kata-kata diatas tidak pernah lekang dari bibir-bibir para pendakwah. Mahu dibandingkan dengan manusia-manusia tahap moksya yang sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih 20 tahun, sangatlah berbeza dari segi pengalaman dan 'rasa' itu sendiri. Saya sendiri belum mencecah 20 tahun! Tapi semakin lama kita dicelup dalam air dakwah dan tarbiyyah ini, kita semakin mendalami maksud sesuatu perkara yang sama dengan pemahaman yang lebih berbeza dan kritikal. Begitu jua dengan mehnah dan tribulasi yang selama ini disandarkan kepada Allah semata-mata. Sahabat-sahabat