Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Demi Masa,kita tak punya masa!

Imej
[credits] بسم الله الرحمن الرحيم "Adib,aku rasa lonely lah",sahabat saya memulakan perbualan. "Eh kenapa?" "Aku rasa macam aku seorang je dekat rumah tu. Si A ni asyik berkepit dengan si B. Si C pula asyik berkurung je dalam bilik,sedar-sedar dah hilang.Aku rasa tak best lah!", sahabat ini meluahkan rasa hatinya yang bertakung. Mendengar keluhannya tidak mengejutkan saya, kerana saya sendiri memahami keadaan ahli-ahli rumah sahabat saya ini. Dan saya akui, apabila rumah itu diisi dengan para muharrik,da'ie yang selalu sibuk dengan pelbagai rencana dakwah dan tarbiyyah, akan ada yang paling merasai kesannya-siapa lagi kalau bukan sahabat yang 'malang' ini! Saya membawa perbualan kami kepada salah seorang ahli rumahnya yang sedang menikmati makan tengah harinya. Selepas menghabiskan kunyahan dia lalu membalas, "Ana faham,tapi memang bukan dalam kapasiti kemampuan kami nak sepanjang masa duduk dengan dia." Saya