Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Sebabnya adalah Kau, Rabb.

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم "Kau dah beli buku Com Med ?" "Apa, komik?" Amir memandangku, buntu dan keliru. "Bukanlah, Community Medicine, Commm.. Medd(qalqalah).."jelas Kamal yang berjalan di sebelahku lebih awal menangkap soalan tadi. Sengaja dilebihkan huruf 'm'nya. "Oh,aku ingat komik mana tadi.Haha" kami turut ketawa, ceria dengan telatahnya. Community Medicine adalah antara silibus yang perlu di cover untuk untuk semester baru ini. Untuk semester ini kami turut berjinak-jinak dengan parasit  (parasitology) dan bakteria (microbiology).  Sebut sahaja Com. Med, terkenang kembali saya akan suasana lecture hall sebentar tadi, di mana ramai yang telah dijangkiti  African Sleeping Syndrome.  Kami dan Community Medicine Setakat 2-3  lecture  yang kami lalui, seperti ramai yang 'menderita'. Kawan di sebelah terlalu mengantuk meminta saya mengurut-urut bahu dan lehernya. Ada yang tidak berdaya lagi untuk fokus, mereka

(Epilog)15# Pengakhiran, Satu Permulaan

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Ini adalah episod terakhir travelog saya. Namun bagi saya ini adalah permulaan yang baru. Perspektif baru, niat yang diperbaharui, dan semestinya perjalanan yang tidak lagi sama seperti dahulu. Mengapa? Saya tidak tahu dengan orang lain, tetapi bagi saya, tarbiyyah sepanjang 35 hari ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Maka ada yang bertanya, apa pula kaitan antara ibadah umrah dan kehidupan? Saya tersenyum. Jika saya kembali bertanya soalan yang sama, pasti ada yang terkial-kial mencari jawapan. Saya ingin bertanya semula, apa rasionalnya Allah mewajibkan setiap orang Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah ini jika ia tiada impak terhadap kehidupan kita?  Adakah Allah suka-suka. Sudah tentu tidak. Mari kita jawab soalan yang lebih direct;  Apa sebab kita minum air? Apa sebab kita bernafas? Kenapa kita perlu makan? Tiga soalan terakhir itu sangat mudah dijawab,"untuk hidup!" Kita selalu mudah mengambil berat untuk mengisi