Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

14# Maassalam ya Baitullah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 24 hari berkampung di Mekah, Kini masanya untuk pergi, Kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya. 21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal 1433 Hijrah, Akan kami tinggalkan bumi penuh barakah, Baitul Haram, Kenapa bait , rumah? Dia adalah rumah Allah, Semua maklum pasti, mana-mana rumah ibadah adalah rumahNya. Cuma adakala kita terlupa, ini juga adalah rumah si nabi rumah sebuah keluarga; Keluarga Ibrahim a.s, Siti Hajar ibunda kepada Ismail. Setelah Ibrahim meninggalkan keluarganya, Tanpa apapun melainkan Allah, Hajar berlari antara Safa dan Marwah mencari air, Demi mendiamkan si bayi Ismali yang menangis kehausan, Lalu zam zam mengalir keluar dari tapak kaki Ismail, Buat ribuan tahun, tak terkira jamaah yang menikmatinya, Satu keajaiban yang susah dipercayai,hakikatnya benar berlaku. Kisah mereka tercatat di kalamNya. Ceritera sebuah KELUARGA dalam sebuah RUMAH. Cerita kasih dan pengorbanan membentuk usrah sakinah.

13# 1 Syawal di Mekah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Menara Jam,waqaf al-Malik Abdul Aziz Pengalaman berhari raya di Mekah adalah sesuatu yang menarik dan baru, jika bukan yang paling menyeronokkan. Tapi ya,masih ada keterujaan di situ. :)    Teringat ku, jika di Malaysia kita akan mula bertakbir selepas Isya' pada malam raya. Di sini, takbir bermula selepas subuh. Sebab itu kami menjadi sedikit bingung bila takbir tidak dilaungkan pada malam sebelumnya, dikhuatiri kami akan berpuasa 31 hari! Buat kali yang ke berapa tidak ku ingati, 100 mungkin, ustaz Faizal memberi nasihat supaya pergi ke Haram lebih awal supaya tidak berakhir solat di atas jejambat seperti ustaz pada tahun lepas. Apa masalahnya dengan jejambat tu? Rosak? Kotor? Bahaya? Bukan masalah jejambat, tetapi masalah relatif, jarak. Jejambat itu terletak 1 kilometer dari masjid. Memanglah 'bahagia' bersolat aidilfitri dan mendengar khutbah di bawah panas matahari dan jauh dari Haram. Sami'na waata'na. Kami akur akan na

12# Mencari al-Qadr

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?  Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)  Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (terjemahan surah al-Qadr:1-5) Azan Isya' akan dikumandangkan dalam sekitar jam 9 malam. Solat tarawih akan dilaksanakan sebanyak 20 rakaat ditambah 3 rakaat untuk witir. Menurut kelaziman, tarawih akan berakhir pada pukul 11 malam, bergantung kepada bacaan imam dan bilangan muka surat yang dibaca malam itu. Itulah kebiasaannya pada 20 malam pertama. Menyebut tentang bacaan para imam, mereka mempunyai gaya yang berbeza-beza. Bagiku, bacaan Sheikh Abdullah ibnu Awwad al -Juhani lantang dan

11# Jabal Rahmah: Doa dan Kayu Kokka

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 8.00 pagi, Ziarah di Jabal Rahmah.  Agak ramai jemaah yang berada di bukit tersebut pada pagi yang tidak terlalu terik itu. Kebiasaan juga melihat tulisan dan ukiran nama pasangan kekasih yang tersemat abadi di batu-batu. 'Mungkin lebih mustajab', agakku. Yang lain tergelak kecil mendengarnya. Jabal Rahmah agak curam, namun dek kerana mencari keberkatan, sanggup juga para jemaah yang telah berusia memanjat bukti kesungguhan mereka. Kami tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berdoa di puncak bukit. Kami turut mengambil gambar, melihat suasana sekeliling bukit dan paling utama, berdoa. Ada juga para jemaah yang mengambil kesempatan menunaikan solat sunat. Kira-kira 20 minit kemudian, kami turun semula dan menuju ke bas memandangkan matahari sudah tidak segan memancarkan terik panasnya. Hakikat Doa "Adib, kau doa apa tadi kat Jabal Rahmah?" usik Syed yang duduk di sebelahku. Ku tersenyum. Soalan itu biasa mengetis akal manusi

10# Haramain : The Two Holy Cities

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 29/7/2012  Persiapan ilmu,persiapan hati dan persiapan fizikal sudah mantap,jika tidak lengkap. Setelah 3 hari kami berada di Madinah, kini tiba masanya untuk bergerak ke Mekah. Apa maknanya? Maknanya pada hari ini kami akan memakai kain ihram, miqaat di Abyar Ali, tawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah, Saie di Safa dan Marwah dan bertahallul dengan memotong rambut atau bercukur sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Oh yeah! Kami mandi sebersih-bersihnya dan memakai wangian sewangi-wanginya kerana tahu sepanjang tempoh ihram, kami tidak boleh memakai sebarang wangian. Jam dan beg dibenarkan. Semua kelihatan segak dengan pakaian putih bersih, sedia untuk beribadah. di Abyar Ali لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu

9#Uhud Medan Refleksi Diri

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Mengitari panorama sekitar Uhud akan memberi kesan mendalam buat sesiapa yang bertamu.    Terik panas matahari dengan suhu mencecah 40 darjah celcium, ditambah dahaga dan lapar kesan fisiologi yang biasa dialami oleh manusia yang tidak makan dan minum sehingga 14 jam sehari di bulan Ramadhan sudah cukup melelahkan kami untuk memanjat bukit Pemanah, atau dalam bahasa Arab bermaksud Raama (رام). Kerana pemanah-pemanah yang dimaksudkan bilangannya ramai, maka Raama dijamakkan menjadi Rumaah  (الرماة). Oleh itu bukit ini dipanggil Jabal Rumaah. Jabal Rumaah bergambar di sudut bukit Bukit ini hanya seciput saiznya jika dibandingkan dengan bukit Uhud yang selalu juga disebut-sebut dalam hadith Rasulullah saw sebagai perumpamaan kerana ia terkenal sebagai bukit yang terbesar dan tertinggi di seluruh Madinah. Apatah lagi Madinah mempunyai struktur geografi yang rata dan kurang berbukit. bukit uhud Berbalik kepada cerita bukit Pemanah, ia memang me