Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Syria:Membuat Apa Yang Kurang Dibuat

Imej
Arab Spring     2012 bermula dan bakal berakhir sebagai tahun bersejarah buat Dunia Arab.  Arab Spring  ataupun Revolusi Arab sedang rancak berlangsung ditandai dengan bermulanya dari peristiwa seorang penjual sayur,Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya tanda protes kepada kerajaan yang dipimpim Ben Ali pada Disember 2010.Antara sebab utama berlakunya revolusi adalah kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan yang zalim.     Tunisia,Mesir, dan Libya adalah antara negara-negara yang mendapat liputan luas di seluruh dunia. Kebangkitan rakyat juga turut berlaku di Nigeria,Yaman,Bahrain,Sudan dan lain-lain yang tidak saya nyatakan di sini.Cuma fokus utama saya lebih terarah kepada sebuah negara yang telah lama menderita dalam senyap,tertindas oleh kekejaman pemerintahan kuku besi keluarga al-Asad,rejim pari Ba'ath Syiah Nusairiah sehinggalah ke hari ini-Syria. Syria dan Kebangkitan     Sūryā  atau lebih sinonim dengan panggilan Syria adalah sebuah negara republik yang me

Anda solat?Celaka!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Cuba ingat kembali solat anda yang terakhir, Atau anda masih belum solat? Jika sudah,teruskan membaca,jika tidak,anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Baik,kembali pada solat anda yang terakhir,cuba bayangkan,.. Kau masih punya 10 minit sebelum hukuman dijatuhkan, Allahu Akbar,Allahu Akbar...Allahu Akbar Allahu Akbar... Azan dari surau berdekatan berkumandang memanggil seluruh umat islam, Menuju kejayaan, Menuju kejayaan,.. Dan engkau, Menuju kematian.. Berbekalkan semangkuk air minum yang kau simpan, Kau berwudhu, Wudhu' mu penuh khusyuk, Bila kau sapu wajahmu,kau mengharap agar wajahmu berseri,bercahaya di hadapan Allah di padang Mahsyar kelak.. Ketika kau selati air di tanganmu,kau mohon,memohon agar tangan yang penuh dosa ini diampunkan, Tika kau sapu uban kepalamu,terbayang akan siksa neraka yang panasnya hingga bergelegak otak manusia.. Ya Allah,dahsyatnya menjadi ahli neraka! Kau basuh kakimu,membayangkan

Ikhlas itu Bebas

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Sekadar perkongsian buat jiwa-jiwa yang ingin disentuh hatinya.Selamat membaca:)  "Ikhlas itu 'khalas',dalam bahasa Arab ertinya habis,licin-licau,sehabuk pun tak ada." "Ertinya,orang yang ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun di dalam hatinya,melainkan Allah.Dia berbuat kerana dan untuk Allah semata-mata,"tambah saya lagi. "Apa kaitannya semua ini dengan masalah saya?Soalnya,saya sangat tertekan dengan isteri saya.Stres saya dibuatnya.Apa sahaja yang saya buat tidak kena.Ada-ada sahaja kerenah dan masalahnya.Padahal saya ikhlas." "Maksud awak orang ikhlas akan stres?"jolok saya perlahan. "Ya,kekadang kita ikhlas memberi,isteri pula tidak ikhlas menerima.Kalau sama-sama ikhlas kan baik.Tak stres." "Awak tahu rahsia kegagalan?"tanya saya seolah-olah mengalih arah perbualan.Dia nampak tersentak. Telah dua kali saya cuba mengeluarkannya daripada kotak pemikiran yang sedia ada kepada ko