Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Akhi, Kenapa Lemau Sangat?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم  أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ... (al-Anbiya:87) generasi muda harapan ummah[kredits] Pemuda. Pemuda punya kekuatan dan tenaga Ada azam dan semangat yang tinggi Mereka ini generasi yang dicemburui anak-anak kecil dan warga tua Hakikatnya merekalah 'generasi emas' Sejarah membuktikan, pemuda adalah agen perubah Saat semua mengikut sistem, mereka melawan arus Saat semua tidur diulit lena, mereka merangka rencana Saat semua menyerah pada penguasa zalim, mereka tak sesekali rela Mereka ada kekuatan luar biasa! OSEM kata ikhwah UK. Namun ada ketika, Para pemuda dan pemudi tetap manusia Manusia sifatnya alpa  Termasuklah diriku ini. Macam keropok ikan Sedap dan rangup bila panas Lemau bila dah sejuk Tak sedap! Iya, aku akui aku lemah (tapi aku bukan keropok ikan!) Kadang-kadang terasa penat Ditimpa sakit dan ujian Sepanjang jalan penuh jerih Jasad mero

Demi Masa,kita tak punya masa!

Imej
[credits] بسم الله الرحمن الرحيم "Adib,aku rasa lonely lah",sahabat saya memulakan perbualan. "Eh kenapa?" "Aku rasa macam aku seorang je dekat rumah tu. Si A ni asyik berkepit dengan si B. Si C pula asyik berkurung je dalam bilik,sedar-sedar dah hilang.Aku rasa tak best lah!", sahabat ini meluahkan rasa hatinya yang bertakung. Mendengar keluhannya tidak mengejutkan saya, kerana saya sendiri memahami keadaan ahli-ahli rumah sahabat saya ini. Dan saya akui, apabila rumah itu diisi dengan para muharrik,da'ie yang selalu sibuk dengan pelbagai rencana dakwah dan tarbiyyah, akan ada yang paling merasai kesannya-siapa lagi kalau bukan sahabat yang 'malang' ini! Saya membawa perbualan kami kepada salah seorang ahli rumahnya yang sedang menikmati makan tengah harinya. Selepas menghabiskan kunyahan dia lalu membalas, "Ana faham,tapi memang bukan dalam kapasiti kemampuan kami nak sepanjang masa duduk dengan dia." Saya

Sebabnya adalah Kau, Rabb.

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم "Kau dah beli buku Com Med ?" "Apa, komik?" Amir memandangku, buntu dan keliru. "Bukanlah, Community Medicine, Commm.. Medd(qalqalah).."jelas Kamal yang berjalan di sebelahku lebih awal menangkap soalan tadi. Sengaja dilebihkan huruf 'm'nya. "Oh,aku ingat komik mana tadi.Haha" kami turut ketawa, ceria dengan telatahnya. Community Medicine adalah antara silibus yang perlu di cover untuk untuk semester baru ini. Untuk semester ini kami turut berjinak-jinak dengan parasit  (parasitology) dan bakteria (microbiology).  Sebut sahaja Com. Med, terkenang kembali saya akan suasana lecture hall sebentar tadi, di mana ramai yang telah dijangkiti  African Sleeping Syndrome.  Kami dan Community Medicine Setakat 2-3  lecture  yang kami lalui, seperti ramai yang 'menderita'. Kawan di sebelah terlalu mengantuk meminta saya mengurut-urut bahu dan lehernya. Ada yang tidak berdaya lagi untuk fokus, mereka

(Epilog)15# Pengakhiran, Satu Permulaan

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Ini adalah episod terakhir travelog saya. Namun bagi saya ini adalah permulaan yang baru. Perspektif baru, niat yang diperbaharui, dan semestinya perjalanan yang tidak lagi sama seperti dahulu. Mengapa? Saya tidak tahu dengan orang lain, tetapi bagi saya, tarbiyyah sepanjang 35 hari ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Maka ada yang bertanya, apa pula kaitan antara ibadah umrah dan kehidupan? Saya tersenyum. Jika saya kembali bertanya soalan yang sama, pasti ada yang terkial-kial mencari jawapan. Saya ingin bertanya semula, apa rasionalnya Allah mewajibkan setiap orang Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah ini jika ia tiada impak terhadap kehidupan kita?  Adakah Allah suka-suka. Sudah tentu tidak. Mari kita jawab soalan yang lebih direct;  Apa sebab kita minum air? Apa sebab kita bernafas? Kenapa kita perlu makan? Tiga soalan terakhir itu sangat mudah dijawab,"untuk hidup!" Kita selalu mudah mengambil berat untuk mengisi