Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Kenali Tokoh Islam Moden-Said Jamaluddin Al-Afghani

Imej
Jamaluddin Al Afghani Nama sebenarnya ialah Jamaluddin Bin Safdar tetapi beliau lebih dikenali dengan nama Jamaluddin Al Afghani. Nasabnya sampai kepada Ali Al-Tirmizi, seorang ahli hadith yang terkenal, lalu terus sampai titisannya kepada Saiyidina Hasan Bin Ali Bin Abu Talib. Keluarganya berkuasa dan memerintah sebahagian tanah Afghanistan hingga akhirnya kekuasaan mereka dirampas oleh Raja Muhammad Khan. Kemudian bapanya serta ahli keluarganya pun dipindahkan ke kota Kabul. Jamaluddin dilahirkan disebuah kampung bersama Asad Abad dalam jajahan negeri Iran pada tahun 1839 Masihi. Menurut cerita, bapanya adalah seorang pegawai tentera Iran. Pada suatu ketika ia dihantar bertugas di sempadan negeri Afghanistan, bapanya tertarik dengan negeri itu lalu bermastautin disana. Semasa kecilnya lagi Jamaluddin telah mendapat didikan agama yang mantap. Dan memang dari sejak kecilnya lagi beliau mempunyai bakat dan kecerdasan otak, pintar dan berpandangan jauh. Pada ?mulanya beliau belaja